Monday, 19 October 2015

SEMUT DAN POKOK MANGGAKU

Salam Blogger buat semua,
Hasil carian imej untuk semut
             Lamanya aku tidak menulis dalam blog ku ini. Aku pun hairan mengapalah aku tiba-tiba begitu malas untuk menulis. Rasanya dah hampir tiga bulan aku tidak menulis. Kali terakhir aku menitipkan coretannya adalah pada 1 Ogos yang lalu. Antara faktor lain mungkin disebabkan kesibukan aku mengurusakan homestayku yang ke 2 yang sudahpun hampir siap. Inshallah pada bulan November ini lengkaplah keseluruhannya. Kali ini aku menamakan Roemahkoe Guest House yang terletak di Taman Desa Baru bersebelahan dengan Kolej Perubatan Manipal @ MMC.
Hasil carian imej untuk semut            Hujung minggu lalu aku sibuk dengan menguruskan homestayku yang pertama iaitu yang terletak di Kampung Tengah, Pulau Gadung. Sedihnya apabila melihat pokok-pokok mangga ku yang sudah besar menjulang itu diserang oleh sang semut. Habis ranting-ranting pokok manggaku mati diserang oleh sang semut yang bersarang dalam batang pokok tersebut. Aku pun cantaslah ranting-ranting pokok mangga ku yang sudah kering dan mati itu.  Hampir botak pokok - pokok mangga ku cantas. Balik rumah aku terus mengoogle apakah caranya untuk menghalau semut-semut itu daripada terus bersarang dalam batang pokok tersebut.
Hasil carian imej untuk semut             Aku pun menemui beberapa perkara yang menarik tentang semut yang ingin aku kongsi bersama semasa mengoogle maklumat tersebut. baru aku tahu bahawa semut adalah salah satu makhluk yang dimuliakan oleh Allah. Dalam Ai Quran terdapat surah yang khusus berceritakan tentang semut iaitu surah An Naml yang bererti semut. Surah ini menceritakan tentang nabi Allah Sulaiman dan bala tenteranya yang melalui satu kawasan koloni semut. Apabila tentera tersebut sampai ke Wadi An Naml, seekor semut berkata, " Wahai sekalian semut masuklah kamu ke sarang masing-masing, jangan sampai Sulaiman dan tentera-tenteranya memijak dan membinasakan kamu sedangkan mereka tidak sedar".
Hasil carian imej untuk semut           Malah terdapat juga larangan tentang perbuatan membunuh semut. Dalam hadis Riwayat Abu Hurairah RA daripada Rasulullah saw : Seorang Nabi singgah duduk di bawah sebatang pokok. Dan dia digigit oleh ssekor semut tersebut. Nabi tersebut kemudiannya memerintahkan sahabatnya membakar sarang semut tersebut. Kemudian Allah telah menurunkan wahyu kepadanya : Apakah kerana seekor semut mengigitmu lantas kamu membinasakan satu umat yang sentiasa bertasbih kepada ku ?
          Manakala dalam Kitab Salam, Ibnu Abas Radliyallaahu berkata : Rasulallah melarang membunuh 4 jenis binatang iaitu semut, lebah, burung Hud-hud dan burung Shurad  iaitu sejenis burung pipit. Jelaslah di sini semut adalah sejenis binatang yang perlu diberikan perhatian.
          Apa-apa pun dalam usaha aku hendak mengekalkan pokok mangga aku daripada terus mati aku akan meminta pandangan daripada rakan-rakan cara untuk mengatasi masalah semut yang bersarang dalam batang pokok mangga ku itu.

No comments:

Post a Comment