|
DI CANDI BOROBODUR |
|
BERTEMU RAKAN FACEBOOK NURDIN SOMANTRI |
Salam Blogger buat pembaca Blog ku ini.
|
DI HADAPAN HOTEL IBIS |
|
DI ADISUTJIPTO INTERNATIONAL AIRPORT |
Sudah beberapa hari aku tidak menulis dalam blog ku ini. Sibuk dengan pelbagai tugas rasmi di luar Melaka. Aku terlibat dalam mesyuarat Penetapan Target Tranformasi Pejabat Pendidikan Daerah atau disebut DTP. Aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga berkaitan kehadiran murid ke sekolah dan juga menjaga data salahlaku murid dalam daerah Melaka Tengah. Nasib baiklah mesyuarat di Port Dickson aje. Takder lah penat dan lama aku perlu memandu. Dalam setahun entak berapa kali aku ke Port Dickson atas urusan rasmi. Minggu depan aku akan ke Port Dickson lagi untuk satu projek bersama pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Malam ni aku nak cerita sikit tentang trip aku ke Jogjakarta pada tahun 2010. Atau lebih tepat lagi pada 21 hingga 24 Februari 2010. Turut serta dalam trip kami ke Jogjakarta kali ini adalah Timbalan Pengarah Pendidikan ketika itu. Turut sertai sama adalah Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah dan Pegawai Pendidikan Daerah Jasin. Di Jogjarkarta kami menginap di Hotel Ibis yang terletak di Jalan Malioboro. Cukup banyak hotel dan Homestay di Jalan Molioboro ini. Jalan Malioboro ini bolehlah dianggap sebagai pusat membeli belah yang terkenal di Jogjakarta.
Kami tiba di Adisujipto International Airport pada lebih kurang jam 10 pagi. Panas sungguh cuaca di Jogjakarta pada ketika. Ketika itu baru saja selesai Sambutan Tahun Baru Cina.
Aku amat tertarik dengan golongan remaja di sana mencari nafkah. Mereka akan melakukan apa-apa aje untuk meneruskan kelangsungan hidup. Yang paling aku suka adalah menyaksikan penghibur-penghibur jalanan yang cukup banyak di Jalan Malioboro. Mereka akan menyanyikan beranika lagu-lagu popular pada ketika itu. Pada saya mutu suara mereka cukup hebat sekali walaupun hanya bernyanyi di kaki lima. Dalam hatiku berkata "Agaknya penyanyi terkenal di Indonesia bermula sebagai penyanyi jalanan dahulu sebelum mereka menjadi penyanyi terkenal di Indonesia.
|
DI CANDI BOROBODUR |
|
KETIKA BARU SAMPAI DI JOGJAKARTA |
|
SALAH SATU JENIS PENGANGKUTAN DI JOGJAKARTA |
Kenderaan Beca atau disebut Becak amat banyak terdapat di Jalan Malioboro. Aku sempat bersiar-siar pada satu malam dengan sahabatku melawat sebuat Kraton atau Istana. Kami dibawa melihat kilang membuat Kaus @ T Shirt. Apabila aku tanya kepada Tukang Becak itu beliau bercerita dan memberitahu bahawa mereka bukannya tinggal berdekatan Jogjakarta tetapi tinggal di kawasan pedalaman yang agak jauh dari Jogjakarta. Aku amat simpati apabila aku mendapat tahu bahawa tempat rehat mereka pada waktu malam adalah di atas becak tersebut. Banyak sungguh becak terdapat berdekatan Hotel Ibis tempat penginapan kami di sana.
Banyak kota tinggalan Belanda terdapat di Jogjakarta. Antaranya Kota Vredeburg yang merupakan tempat tahanan zaman Belanda di Indonesia. Kami juga sempat pergi ke Pasar Beringharjo tempat berbelanja yang agak terkenal di Jogjakarta. Tetapi tempat yang wajib pergi jika ke Jogjakarta adalah Candi Borobodur yang merupakan salah satu keajaiban
dunia. Di sini juga kami diserang oleh penjaja jalanan yang sentiasa mengekori kami dari awal hingga akhir lawatan. Hati-hati jika ke sana nanti. Kami juga sempat melawat ke sebuah kilang membuat biskut yang terkenal di Jogjakarta.
|
DI JALAN MALIOBORO TEMPAT BERBELANJA TERKENAL |
Pada saya Jogjakarta adalah satu lagi destinasi yang wajar dikunjungi oleh kaki-kaki Shopping terutama golongan Cik Kiah selain Bandung atau Bukit Tinggi jika anda merancang untuk ke Indonesia pada cuti akan datang.
|
DI KOTA VREDEBURG |
|
DI KILANG BISKUT YANG DIKUNJUNGI |
|
DI KOMPLEKS CANDI BOROBODUR |
|
DI SEBUAH RM YANG DISINGGAHI |
|
BERGAMBAR SEBELUM MENINGGALKAN JOGJAKARTA |
|
TEMPAT BERBELANJA DI PASAR BERINGHARJO |
|
PENJAJA BUAH SALAK |
|
BECA DI PASAR BERINGHARJO |
|
AYAM PENYET MAKANAN POPULAR |
No comments:
Post a Comment