Monday, 3 February 2014

NYIOR GADING PUNCAK MAHLIGAI : MY BUKIT BINTANG TRIP 2011


FERARI YANG MENGANCAM

 Salam Blogger Buat Semua Pembaca,
               Gong Xi Fa Cai. Seronoknya dapat cuti lama sempena Tahun Baru Cina 2014. Dari hari Jumaat sampai ke Hari Isnin. Memang kami bercadang nak jalan jauh tapi malangnya anak-anak bersekolah pada hari ini 3/2/14. Jadi langkah kami hanya ke Kuala Lumpur sahaja. Pada tahun 2011 iaitu pada 4 hingga 6 Februari kami juga telah menginap di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tahun ini sekali lagi kami berada di sini. Banyak sekali perubahan yang berlaku di kawasan ini terutama dengan projek MRT @ Mass Rapid Transit yang turut melibatkan kawasan Tiga Segi Bukit Bintang yang amat popular dengan warga dari Timur Tengah. Cukup ramai orang Arab di kawasan ini sehingga terdapat banyak restoran makanan Arab di kawasan ini.
               Pada ketika itu kami menginap di Hotel Dorsett Regency dan pada malam kedua di Hotel Picollo yang terletak betul-betul di hadapan Pavilion. Pada tahun itu kalau tidak silap ku merupakan
BERSAMA ORANG METALIK

PENJAJA AIS KRIM DARI TURKI


 









Tahun Arnab. Maka banyaklah replika arnab di mana-mana sahaja di Bukit Bintang. Anak-anak ku amat terpikat dengan orang Metalik yang terdapat di Jalan Bukit Bintang. Kreatif betul manusis-manusia ini mencari rezeki. Setelah bergambar dengan mereka orang ramai menghulurkan wang dalam bekas yang disediakan. Mula-mulanya aku ingatkan cuma ada seorang, rupa-rupanya ada 3 orang makhluk seperti ini.             Menghabiskan masa di LowYat Plaza adalah satu lagi kegemaran golongan muda-mudi di kawasan ini. Plaza Low Yat terkenal sebagai pusat ICT dan bahan elektronik. Plaza ini terkenal sebagai Malaysian Largest IT Lifestyle Mall oleh Malaysia Book of Record. Pelbagai jenis komputer pelbagai jenama, komputer riba, pelbagai produk IT, aksesori, camera, telefon dan beranika barangan berasaskan  ICT terdapat di sini. Amat melekakan jikalau berada di sini kerana harganya pun amat menarik. Pada saya Plaza Low Yat adalah destinasi wajib pergi jikalau berada di Bukit Bintang.
           Bagi yang Shopaholic di sini juga tempat yang wajib anda tuju jika berada di KL. Di sinilah terletaknya Pavilion yang menjual pelbagai barangan berjenama seperti ZARA, LV dan macam-macam lagi. Sophie Kinsella pernah berkata "Never give up on something you really want. However impossible things seem, there' always a way. Selain Pavilion di sini juga terdapat LOT 10, FERENHEIT, SEPHORA dan banyak lagi butik-butik ternama terdapat di sepanjang jalan Bukit Bintang. Masa 3 hari 2 malam berlalu dengan begitu pantas di sini.

No comments:

Post a Comment