Thursday, 13 February 2014

NYIOR GADING PUNCAK MAHLIGAI: PENANG TRIP

SPIDERMAN  DI TOY MUZIUM
                        Salam Blogger buat semua pembaca,
             Trip aku ke Pulau Pinang ini berlaku pada 19 hingga 22 Disember 2009. Trip ini sebagai penutup  kembara ku bagi tahun 2009.  Pada tahun 2009 ini cukup banyak kami bercuti. Sebenarnya pada bulan Mei 2009 kami juga telah pergi ke Serawak semasa cuti Hari Pekerja pada 1 Mei 2009  yang lalu.

          Bagi kedua-dua heroku, ini merupakan trip mereka yang pertama  ke negeri yang dikenali sebagai Pearl Of The  Orient.  Aku masih ingat lagi perjalanan kami bermula pada jam 10.00 malam dari Melaka. Mengantuk juga memandu pada waktu malam. Cukup banyak kenderaan berat pada sebelah malam. Kami berhenti di beberapa R&R untuk menghilangkan rasa mengantuk.
Salah satu R&R yang kami berhenti adalah di Sungai Perak.

DI TOY MUZIUM


                                                                          DI TAMAN RAMA-RAMA                                                                 


KUNG FU PANDA DI TOY MUZIUM
           Sebelum jam 6.00 pagi kami sudah sampai ke Pulau Mutiara. Aku sempat bersolat subuh di sebuah masjid di tua. Kami tidak boleh check in pada awal pagi. Kami ambil keputusan untuk terus pergi ke Batu Feringgi dan berserapan di sana. Sebelum check ini kami sempat singgah ke Toy Muzium. Banyak replika watak-watak superhero yang kami temui. Selepas jam 12.00 tengahari barulah kami dapat check in di Hotel Royal. Si Ehsan apa lagi berendamlah dia di kolam hotel yang agak luas.

         Pada sebelah petangnya kami telah ke Queenbays Mall. Sesak dengan manusia yang bershopping sebelum perayaan Krismas.  Pada sebelah malamnya  kami sempat pergi ke Sungai Nibung untuk melihat Pesta Pulau Pinang. Satu ketika dulu hampir setiap tahun saya ke Pesta Pulau Pinang kerana ibubapaku yang menginap dan bekerja di Bukit Mertajam.  Selepas check out pada hari kedua kami telah ke Gurney Plaza yang terletak di Gurney Drive. Eshakirin sempat mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna yang diadakan.



BATMAN DI TOY MUZIUM
      Selepas itu kami terus ke Hotel Holiday Inn di Batu Feringgi. Seronoknmya berada di Batu Feringgi kerana Batu Feringgi merupakan tempat tumpuan pelancong. Petang itu kami bermain di pantai Batu Feringgi. Kemudian di kolam besar di Hotel Holiday Inn. Pada sebelah malamnya pula sepanjang jalan di hadapan hotel berderetan gerai-gerai Pasar Malam yang diadakan pada setiap malam.   Kami check out pada hari ke tiga. Dalam perjalanan pulang kami sempat singgah di Butterfly Farm di Telok Bahang.  Selepas itu kami pun meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

BERENDAM DI HOTEL ROYAL, PENANG


ANTARA KOLEKSI DI TOY MUZIUM
WATAK YANG AKU KURANG PASTI

DI PASAR MALAM BATU FERINGGI
DI PANTAI BATU FERINGGI, PENANG


SPAIDERMAN DI TOY MUZIUM
BERSAMA PIRATES OF CARRIBEAN





SEMASA DI PESTA PULAU PINANG DI SG NIBONG

SALAH SATU WATAK DALAM STAR WAR
DI HOLIDAY INN BATU FERINGGI




DI BUTTERFLY FARM


SEMASA MELALUI JAMBATAN PULAU PINANG


ESHAKIRIN MENYERTAI PERTANDINGAN MELUKIS DI GURNEY PLAZA



DI BUTTERFLY FARM

No comments:

Post a Comment