Friday 28 February 2014

SEBUAH MEMORI KENANGAN SILAM - WHERE DO I BEGIN

                        Salam blogger buat pembaca Blog ku ini.
                         Malam ini aku tertarik untuk bercerita tentang perkara-perkara yang lebih santai sedikit untuk mengendurkan minda supaya tidak terlalu terik sangat. Banyak kesan yang tidak baik jika kita terlalu stress dalam memikirkan sesuatu perkara itu. Darah yang tidak naikpun boleh jadi naik dan jika perkara ini berlaku sudah pasti akan menjejaskan tahap kesihatan kita.
                        Siang tadi di tempat kerja kami banyak berbincang tentang perkara-perkara yang mencabar minda bersama Tuan Pegawai Pendidikan Daerah serta Timbalan PPD berbincang dan berdialog dengan SIP dan SISC berkaitan dengan tugasan dan peranan yang perlu dilaksanakan bagi membantu sekolah-sekolah meningkatkan lagi prestasi pencapaian dalam pelbagai aspek dalam meredah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang bermula dari tahun 2013 sehingga 2015. Perkara ini dibincangkan berikutan dengan penerimaan waran peruntukan dari pihak KPM di Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson oleh Tuan PPD semalam  bersamaan 27/2/2014.
                        Aku pulak berada di Hotel Selesa, Port Dickson dari 25 - 27 Februari 2014 bagi mesyuarat Penetapan Target dalam DTP @ Dictrict Tranformation Programme. Banyak sekali kata-kata semangat yang telah diberikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara yang disebut yang saya masih ingat ialah "If you dont change, you will be change".  Satu perkara yang beliau sebut masih terngiang di telinga ku adalah " If you want to play the game, you must play seriously". Dari 100 inisiatif yang ada pada asalnya telah berkurang menjadi 50 sahaja. Dan kemudian dikurangkan lagi menjadi 14 sahaja. Dan dalam 14 inisiatif tersebut yang saya nampak inisiatif berkaitan DTP amat mencabar sekali. Kami telah dimaklumkan bahawa Dashboard Prestasi akan mula dibuka mulai 1 Mac 2014. Menjadi tugas SIP dan SISC untuk melaporkan segala dapatan kepada tuan PPD. Selepas ini Pegawai Pendidikan Daerah diminta supaya melaporkan setiap perkembangan kepada Tuan Pengarah Pendidikan Negeri setiap bulan dan Tuan Pengarah Pendidikan Negeri pula akan diminta melaporkan setiap perkembangan prestasi kepada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia setiap 3 bulan sekali. Unit PPK dipertanggunjawabkan untuk menjaga berkaitan data Kehadiran Murid dan Displin Murid dalam DTP ini. Stress juga aku dibuatnya apabila melihat 45 buah sekolah masih belum lagi menghantar data yang sangat diperlukan bagi penetapan target daerah.
                 Malam ini, aku ingin mengajak pembaca blog ku ini untuk menyorot kembali sebuah memori kenangan silam untuk mengenali seorang penyanyi lama yang mempunyai suara yang sangat garau dan romantik sekali.  Penyanyi yang saya maksudkan itu ialah Andy Williams yang dilahirkan di Iowa, USA pada Disember 1923. Andy Williams meninggal dunia pada 25 September 2012 akibat penyakit kanser bladder. Lagu-lagu beliau berbentuk easy listening amat menarik untuk didengar. Saya masih ingat lagi semasa menonton rancangan The Andy Williams Show pernah disiarkan oleh RTM pada tahun-tahun 1970an dahulu semasa zaman remajaku dulu. Lagu beliau pernah menjadi lagu tema untuk sebuah filem blockbuster - Love Story pada tahun 1970 dan beberapa lagi filem lain. Antara lagu beliau yang masih evergreen hingga saat ini adalah Where Do I Begin dari filem Love Story lakonan Ali MacGraw dan Ryan O'neil. Selamat Mendengar semoga terhibur sambil mengimbau kembali kenangan silam.


No comments:

Post a Comment