JETTY DI LUMUT |
DI PANTAI PASIR BOGAK DEKAT HOTEL |
DI CORAL ISLAND |
Dua pantai yang terkenal di Pulau Pangkor adalah Pantai Pasir Bogak dan Pantai Telok Nipah. Hotel Coral Bay terletak dekat Pantai Pasir Bogak. Pada petang hari pertama itu Ehsan dan Eshakirin telah menghabiskan masanya di kolam yang agak besar di Hotel Coral Bay. Ramai penghuni hotel pada ketika itu. Aku berjumpa dengan sekumpulan guru yang sedang menghadiri kursus dari sekolah-sekolah di Perak. Beberapa pegawai dari JPN Perak sempat berbual dengan ku. Hotel ini juga terletak berdekatan dengan Pusat Koku Jabatan Pelajaran Perak. Pada sebelah malamnya kami bersiar di kawasan Pasir Bogak mencari sovenir untuk dibawa balik. Makanan hasil lautnya pun menarik. Aku sempat berbual dengan beberapa orang peniaga. Mereka amat berbangga kerana Menteri Besar Perak, Datuk Zambery juga berasal dari Pulau Pangkor.
Pada hari kedua, kami telah menyewa bot untuk pergi ke Coral Island. Pemandu bot telah membawa kami mengelilingi Pulau Pangkor. Beliau sempat menunjuk beberapa hotel yang eksklusif yang sewaannya mencecah ribuan ringgit. Bot-bot mewah mereka berlabuh di persisir pantai pulau berkenaan. Kami sempat berendam di kawasan ini. Anak-anakku cepat sungguh mendapat kawan. Kami berada lebih kurang dua jam aje di Coral Island. Selepas itu kami pulang semula ke Pasir Bogak. Petang itu kami telah check out kerana ada tugasan yang perlu aku laksanakan dengan kadar segera di Kuala Lumpur. Dan tetamu homestayku pula bertalu-talu menelefon bertanyakan bilik/ rumah homestayku di Melaka buat aku tak senang hati dibuatnya. Al maklumlah sekolah sedang bercuti. Inshallah ada masa kita datang lagi sambil memujuk anak-anakku yang seperti tidak puas berada di Pulau Pangkor hanya selama 2 hari 1 malam sahaja.
No comments:
Post a Comment