Salam Blogger Buat Semua,
Satu lagi tarikan baru yang terdapat di Melaka adalah Cafe Bas yang terletak di Pantai Klebang atau lebih tepat lagi di Dataran 1 Malaysia. Jika kita melalui jalan di Pantai Klebang, dari jauh kita boleh melihat deretan bas lama yang telah disusun begitu rupa di sepanjang pantai yang terletak berdekatan dengan laut.
Bas-bas lama itu adalah bas yang pernah digunakan di bandar Melaka satu ketika dahulu. Tetapi selepas satu konsortium mengambil alih perkhidmatan bas di negeri Melaka, bas -bas yang tidak digunakan itu telah diambil dan diletakkan di sepanjang Pantai Klebang. Bas-bas tersebut kemudiannya telah diubahsuai menjadi Cafe Bas yang dapat menarik para pelancong yang datang ke Melaka.
CAFE DALAM BAS |
Sebahagian lagi bas telah ditukar menjadi Bastel iaitu bas-bas lama ini telah ditukar menjadi hotel untuk sewaan para pengunjung ke kawasan ini. Jika ke Melaka jangan lupa singgah ke Pantai Klebang, yang kini mula dikenali ramai tambahan pula di sini terdapatnya sebuah muzium kapal selam, satu-satunya kapal selam yang terdapat di Malaysia.
SALAH SATU TARIKAN KANAK KANAK |
PEJABAT UNTUK BUSTEL |
TANDAS AWAM |
No comments:
Post a Comment