Tuesday, 30 September 2014

MEE BANDUNG SPECIAL DI MUAR






                Salam Blogger buat semua,
            Lama rasanya aku tidak menulis di blog ku ini lantaran beberapa perkara yang berlaku kebelakangan ini.  Malam ini aku tertarik untuk bercerita tentang aktivitiku yang berlaku pada 18-19 Ogos 2014 yang lalu.
            Pada pagi Isnin 18 Ogos 2014 yang lalu satu pemantauan asrama telah dilaksanakan di asrama SMK Nyalas.  Agak jauh juga kedudukan sekolah ini dari PPD Melaka Tengah iaitu lebih kurang 50 kilometer. Pemantauan ini telah dilaksanakan bersama ketiga-tiga PPD termasuklah Sub Unit Asrama JPM yang diketuai oleh Encik Zulkifli Mohd Amin. Kunjungan kami telah disambut oleh Ebcik Zainuddin Komeng, Pengetua SMK Nyalas bersama barisan pentadbir yang lain.
            Selesai sahaja pemantau lebih kurang jam 12.45 tengahari aku telah bergegas balik ke Melaka kerana ada satu mesyuarat yang akan berlangsung di hotel Classic, Muar.  Setelah packing pakaian aku terus ke bandar Maharani, Muar. Perjalanannya tidaklah begitu jauh kerana aku mengikuti Lebuh AMJ. Aku tidak di Hotel Classic pada lebih kurang jam 3.15 petang.
           Rupa-rupanya mesyuarat dapatan Jemaah Nazir tentang Pengurusan B&K hanya akan bermula pada jam 8.00 malam. Aku menghabiskan masa petang ku di bandar Muar dengan mencari Kedai Abu Bakar Hanipah yang terkenal dengan Mee Bandung Muar Specialnya. Kebetulan Abu Bakar ada di kedainya pada petang itu. " Lama tak datang makan " itu kata-kata yang keluar dari mulut Abang Bakar. " Sibuk Bang " jawabku ringkas. Petang tu beberapa pegawai dari Mardi berada di kedainya menikmati Mee Bandung Muar Specialnya.
          Aku seperti biasa telah memesan Mee Bandung Muar Special bersama Tea O Ais. Abang Bakar yang peramah telah berceritakan tentang sejarah kedainya dan tetamu yang pernah datang berkunjung ke kedainya. Selepas makan aku sempat merakam beberapa sudut manarik yang terdapat di kedainya itu. Termasuklah satu gambar yang telah mencuri perhatianku yang telah diambil pada tahun 1950an bersama arwah bapanya. Bapanya berasal dari Kerala, India yang telah datang ke Malaysia pada tahun 1950an  dan arwah telah bernikah dengan seorang gadis dari Muar pada tahun 1950an.
          Seterusnya Abang Bakar telah menunjukkan beberapa keping gambar tetamu istimewa seperti Timbalan Perdana Menteri yang pernah berkunjung di kedainya yang menumpang di sebuah kedai seorang Cina. Sebelum meninggalkan kedainya saya sempat bergambar dengan Abang Bakar yang masih lagi bersemangat bercerita tentang kisah silamnya termasuklah kisah beliau terlibat dengan Program MAHA yang berlangsung di Serdang bagi mempromosikan makanan istimewa Johor.






















No comments:

Post a Comment