Saturday, 6 September 2014

MENIKMATI AYAM PENYET DI WONG SOLO MELAKA

                                                                       

Mohd Sharom Mohd Shariff's photo.

    





        





                                                                                          Assalammualaikum ,                                                                                             
                    Seingat aku kali pertama aku menikmati makan Ayam Penyet semasa aku dan keluarga berkunjung ke Kucing, Serawak iaitu pada tahun 2009.  Malam itu sebaik sahaja turun dari kapal terbang penerbangan Air Asia, Guide yang membawa kami dengan kereta Mitsubishi Triton yang berwarna putih itu telah membawa kami sekeluarga ke My Village Baruk yang terletak dekat  Sungai Serawak di bandaraya Kuching. Itulah kali pertama kali menikmati Ayam Penyek.  Anak aku pula pada malam itu menikmati Mee Kolok. Mee Kolok inipun kali pertama kami dihidangkan. Sungguh menyelerakan. Mungkin agaknya perut sudah lapar kerana hampir dua jam dalam kapal terbang.
                  Selepas itu kami mula mencari ruang dan peluang untuk menikmati Ayam Penyet. Semasa kami bermesyuarat di Johor Baharu, seorang rakan telah membawa kami menikmati  Ayam Penyet di depan Hotel New York iaitu di Restoran Benafe. Ramai Singaporen gemar lepak kat situ sambil menunggu kereta mereka siap dibasuh.  Juga amat menyelerakan.  Selepas itu setiap kali pergi ke Indonesia aku pasti mencari kesempatan menikmati Ayam Penyet.
                   Hari itu semasa jalan-jalan hari Raya Adil Fitri aku berjumpa dengan seorang anak buahku yang juga mengusahakan sebuah kedai makan di Melaka. Kami berceritakan tentang seorang kenalan lama teman sekampung yang telah mengusahakan Kedai Makan yang semakin popular di Lembah Klang. Rakan kami itu ialah Hashim Marman yang dahulunya seorang pemain bolasepak bagi pasukan Kuala Lumpur pada tahun-tahun 1990an. Saya diberitahu oleh anak buah saya bahawa saudara Hashim kini telah mengusahakan Kedai Makan Wong Solo yang kini mempunyai beberapa cawangan di Lembah Klang. Dan yang terbaru beliau telah membuka cawangan di Bandar Hilir, Melaka pada awal tahun 2014. Kedai ini terletak berhadapan dengan McDonald yang berdekatan dengan Menara Taming Sari. Kedai ini terletak di FourSquard dekat dengan Uptown, Bandar Hilir.
                 Aku dan keluarga sempat berkunjung ke sini semalam untuk menikmati Ayam Penyet yang sangat aku minati itu. Amat menepati citarasa ku walaupun sedikit pedas. Malangnya air Jus Advocat yang aku cari-cari sudah kehabisan. Terpaksalah aku order Jus Jeruk.
Mohd Sharom Mohd Shariff's photo.Mohd Sharom Mohd Shariff's photo.Hiasan dalam kedainya amat menarik.   Gadu-gadunya pula amat enak sekali. Hiasannya mengikut cara Rumah Makan@RM di Indonesia. Disediakan juga  tempat bagi membolehkan pelanggan bersila jika mereka mahu makan sambil bersila. Para petugasnya pula didatangkan khas dari Indonesia, iaitu dari Medan, dan bahagian lain di Indonesia. Kepada para pengemar makanan Indonesia, masukkanlah dalam kalender kunjungan untuk mencuba Makanan-makanan dari Indonesia di Wong Solo di Bandaraya Melaka, Bandar Warisan Dunia. Selamat mencuba.

          
 
    
   


No comments:

Post a Comment