Sunday 14 September 2014

KAYUHAN MERDEKA 2014


                                               Salam Kemerdekaan Buat Semua Pembaca,
               Syukur alhamdulillah, semalam  13 September 2014 @ Sabtu, Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah telah selesai melaksanakan Program Kayuhan Merdeka bagi Siri 2 setelah Siri 1 pernah di adakan pada 2012 yang lalu. Tetamu khas kami kali ini adalah Tan Sri Haji Mohd Ali bin Rustam, Mantan Ketua Menteri Melaka yang kini merupakan Pengerusi PUNB.
               Matlamat program adalah untuk meningkatkan semangat patriotik dan rasa kecintaan kepada negara melalui berbasikal. Di samping untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum. Antara Objektif Kayuhan Merdeka 2014 ini pula adalah untuk menyemai semangat cintakan negara dan semangat patriotik. Di samping itu untuk membangunkan generasi Malaysia yang aktif bersukan dan beriadah.  Aktiviti kali ini telah bermula dengan acara senamrobik dengan dibantu oleh Jurulatih Utama Senamrobik Daerah Melaka Tengah.
CENDERAHATI BUAT PERASMI
              Untuk Siri 2 ini seramai lebih 235 orang peserta yang terdiri daripada warga Pendidik dari sekolah-sekolah dalam Daerah Melaka Tengah. Selain itu beberapa pasukan jemputan luar telah dijemput untuk bersama-sama dalam program kali ini. Antaranya adalah dari Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, pasukan dari IPG Durian Daun, pasukan dari UTEM, Air Keruh, pasukan dari Universiti Multimedia. Beberapa kelab jemputan turut menyertai siri kali ini . Antaranya dari Kelab Basikal Taman Tasik, Keroh, Kelab Basikal Bukit Katil.
             Selain itu program kali ini disertai oleh kelab DG Bikers yang terdiri daripada Guru dan pegawai yang menggunakan motosikal kuasa tinggi yang berjumlah seramai 15 orang bikers.     Selaku penyelaras program saya bercadang untuk mengadakan program seumpama ini memandangkan sambutan yang menggalakkan yang telah diberikan oleh para peserta.  Akhir kata syukur alhamdulillah sekali lagi atas kelancaran program. Terima kasih kepada rakan-rakan warga PPD Melaka Tengah yang telah memberi kerjasama bagi menjayakan program pada kali ini.
          Khasnya kepada Tuan Timbalan yang telah melontarkan cadangan ini kira-kira dua minggu yang lepas semasa saya bersama-sama Farid, Pegawai Sukan PPDMT dan beliau berserapan di Peringgit pada satu pagi Jumaat. Terima kasih kepada jurufoto rasmi PPDMT, Encik Ali Azizan yang telah sempat merakamkan beberapa sudut menarik semasa aktiviti Kayuhan Merdeka  2014 sedang berlangsung.



MELAKA HARI INI








PELEPASAN PESERTA

SENAMROBIK SEBELUM KAYUHAN

















   

 



 

















 


  






     
    








 






















No comments:

Post a Comment