Salam Blogger Buat semua pembaca,
Di pagi minggu ini aku agak tertarik untuk bercerita tentang soal sabar. Sabar itu sesungguhnya adalah sebahagian daripada iman. Dalam kita melayari bahtera kehidupan kita yang seketika cuma ini akan menempuh pelbagai peristiwa yang akan mewarnai kanvas kehidupan kita. Peristiwa-peristiwa yang kita tempuhi ini sesungguhnya akan menjadikan kita lebih matang dan lebih sempurna lagi sebagai seorang manusia. Dan di sinilah letaknya nilai sebuah kesabaran itu. Sejauhmanakah kita kuat atau tidak untuk mendepani setiap rintangan dan masalah yang kita akan temui bergantung kepada nilai kesabaran yang ada pada diri kita.
Sekiranya kita diuji dengan fitnah daripada orang yang iri hati di atas kejayaan kita , diuji dengan kemiskinan, diuji dengan keretakan rumah tangga hingga berlaku perceraian sebagai suami-isteri, diuji dengan penyakit dan mendapat kemalangan, diuji dengan kematian insan yang dikasihi atau diuji dengan kerugian dalam perniagaan maka bersabarlah ini semuanya ada hikmah yang baik untuk diri kita sendiri sedangkan kita tidak mengetahui hikmah yang Allah yang berikan daripada ujian tersebut .
Ianya mungkin kafarah atau penghapusan dosa-dosa kita yang pernah kita lakukan kepada Allah SWT atau ianya sebagai satu cara Allah SWT ingin meningkatkan iman dan takwa kita kepada-Nya dan Dia mengasihi kita supaya dapat memasuki syurga-Nya nanti kerana salah satu jalan seseorang dimasukkan ke dalam syurga kerana adanya kerana sifat sabar semasa di dunia.
Daripada sebuah artikel yang pernah saya baca terdapat sepuluh kebaikan-kebaikan yang akan Allah SWT kurniakan pada hamba-hamba-Nya yang sabar. Antara perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
Mendapat selawat dan rahmat daripada Allah SWT.
Allah SWT berfirman maksudnya : "Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya."
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157).
Diberikan oleh Allah SWT sifat penyabar.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sahabat yang dimuliakan,
Alangkah beruntungnya seseorang mukmin yang memiliki sifat sabar dan dia praktikan kesabarannya tanpa mengeluh dan bersikap negatif . Sentiasa reda dengan ketentuan Allah SWT dan berbaik sangka dengan Allah SWT. Sifat orang fasik dan munafik akan cepat marah dan putus asa dengan rahmat Allah, tidak reda dengan musibah yang menimpa dirinya dan mudah menyalahkan orang lain. Jika kalian berhajat untuk menjadi hamba-hamba Allah SWT yang mendapat reda dan rahmatNya maka kalian perlulah sentiasa bersabar, tenang dan berfikiran positif dan meyakini setiap sesuatu perkara itu mengandungi 1000 hikmah kebaikan di sisi Allah SWT.
Saya ingin akhiri blog saya kali dengan sebuah lagu dari Afgan yang bertajuk Sabar. Selamat terhibur
No comments:
Post a Comment