,
Salam Blogger buat semua pembaca,
Malam ini aku agak tertarik untuk bercerita tentang MATTA Fair yang kerap diadakan sepanjang tahun di negara kita. Saya fikir taraf hidup masyarakat Malaysia sudah semakin baik. Saya berkata begitu kerana setiap kali MATTA Fair diadakan di merata tempat di Malaysia, sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan. Tidak kiralah jika diadakan di Kuala Lumpur ataupun di mana-mana aje fair ini diadakan.
Semasa MATTA Fair ini diadakan pelbagai-bagai tawaran yang hebat ditawarkan oleh Syarikat-syarikat Pelancongan tidak kiralah di mana-mana destinasi. Yang kaki jalan itu sudah pasti tidak akan melepaskan peluang berusaha mencari tawaran-tawaran hebat yang disediakan oleh syarikat-syarikat pelancongan. Kebetulan pada bulan September tahun lalu aku berada di Kuala Lumpur kerana menemani isteri yang berkursus di Kuala Kumpur. Pada mulanya kami cuba menginap di Hotel Grand Season. Hotel ini berdekatan dengan PWTC tempat berlangsungnya MATTA Fair. Malangnya tidak berjaya kerana pihak pengurusan yang tidak efisien semasa kami ingin check in. Beberapa pelancong asing dari India yang ingin Check In pun turut merungut. Akhirnya kami ke Hotel Radius di Bukit Bintang.
Kami telah mengambil cab untuk ke PWTC pada petang itu. Keadaan agak sesak di kawasan menghala ke PWTC. Kami sempat singgah ke beberapa buah booth yang terdapat. Banyak tawaran yang menarik jika kita pandai mencari. Apa-apa pun saya mencadangkan sekiranya kita ingin keluar negara di masa-masa akan datang sebelum kita ke MATTA Fair, kita hendaklah terlebih dahulu sudah membeli tiket penerbangannya.
Pada kebiasaannya yang membuat sesuatu pakej itu mahal adalah disebabkan oleh tiket penerbangannya. Harga tiket penerbangan sentiasa berubah. Jika sudah hampir dengan tarikh penerbangan, sudah semestinya harga tiket penerbangannya akan lebih mahal lagi berbanding dengan orang sudah lama membeli tiket penerbangan. Harga untuk ground yang ditawarkan adalah amat menarik sekali. Malah kita boleh memilih tawaran yang sesuai dengan budget yang kita ada.
Setelah hampir 3 jam berada dalam ruang legar PWTC kamipun meninggalkan tempat tersebut setelah keadaan menjadi semakin sesak kerana hujan di luar yang semakin lebat.
Pada penghujung tahun 2013 saya telah pergi ke Bali, Indonesia bersama ahli keluarga ku termasuklah adikku yang telah turut bersama iaitu selama 5 hari di kepulauan yang amat terkenal itu.
No comments:
Post a Comment