|
KENDERAAN PEKERJA KILANG |
Salam Blogger,
|
MASSAGE DI ATAS BOT |
|
TRAFIK JEM DI PHOM PHEN |
Di hari ketiga sebelum pulang semula Phom Phen kami telah sempat mengunjungi Lake Tonle Sap. Menaiki bot dan melalui kawasan tasik Tonle Sap adalah satu pengalaman baru bagi kami semua ahli rombongan. Ramai warga Vietnam terdapat di kawasan tasik ini dengan menjalankan pelbagai aktiviti seperti menangkap ikan, menjalankan perusahaan kraf tangan dan bermacam lagi aktiviti yang boleh memberikan wang kepada mereka. Malah semasa kami mula menaiki bot sudah ada kanak-kanak kecil menawarkan perkhidmatan mengurut kami di dalam bot dengan dibayar upah
1USD. Maka diurutnya kami di bahagian belakang sampailah ke bahagian kepala selama lebih kurang 15 minit sambil menikmati suasana di Tasik Tonle Sap. Ada juga bot-bot kecil mengejar kami sambil mereka membawa seekor ular untuk kita mengambil gambar dan diminta sedikit bayaran. Mulut si anak menyebut
Two Dollar, Two Dollar sambil dua jari berdiri tegak. Susahnya nak survive untuk sebuah kehidupan bagi
|
TEMPAT PEMELIHARAAN BUAYA DI TASIK TONLE SAP |
penghuni di kawasan ini. Kami juga melawat tempat pemeliharaan buaya di tasik tersebut. Di Tasik Tonle Sap kita boleh berjumpa sekolah di atas bot. Juga terdapat rumah-rumah ibadat mereka di atas bot. Satu kehidupan yang agak unit di kawasan tasik tersebut. Segala-galanya ada di situ.
|
RUMAH ATAS BOT |
|
PENJAJA BUAH BUAHAN YANG DITEMUI DALAM PERJALANAN PULANG |
|
DI JETI SEBELUM MENAIKI BOT |
|
BERSAMA GUIDE KAMI SEMASA KUNJUNGAN DI KEMBOJA |
|
ANTARA RUMAH MENARIK DI TASIK TONLE SAP |
|
ISTANA DIRAJA PADA WAKTU MALAM |
|
AMBIL GAMBAR : 2 USD |
|
ANTARA KRAFTANGAN DI TASIK TONLE SAP |
|
DI SEBUAH MASJID DEKAT TASIK TONLE SAP |
|
SINGGAH DI BAZAR SEBELUM PULANG |
|
MENAIKI TUT-TUT |
Saya dimaklumkan penduduk di sini adalah golongan pendatang tanpa izin dari Vietnam. Sebelah petang kami meneruskan perjalanan pulang ke Phom Phen.Kami sempat singgap di beberapa tempat menjual buah-buahan. Kami
check in di Hotel Mittap Heap di Phnom Phen pada sebelah malam. Malam itu saya sempat menyewa Tut-tut untuk melihat bandar Phnom Phen seperti istana Di Raja. Kebetulan mayat King Sihanouk yang baru mangkat masih belum ditanam lagi pada ketika itu. Kami berjumpa dengan satu kumpulan pelancong Malaysia di hotel tersebut semasa sarapan pagi di hotel berkenaan. Sebelum pulang ke Malaysia pada sebelah pagi itu kami sempat pergi ke sebuah bazar untuk menghabiskan
US Dollar yang berbaki. Petang itu kami meninggalkan Phnom Phen dengan pesawat Air Asia.
No comments:
Post a Comment