Friday, 3 January 2014

CUTI-CUTI BALI 1

PINTU GERBANG YANG ADA DI MANA-MANA
                        


BAHAGIAN DEPAN HOTEL PURI SADING
          Kami sekeluarga telah ke Bali, Indonesia pada 14-18 Dis 2013 yang lalu. Kami pergi dengan MAS. Alhamdulillah harga tiket yang kami dapat lebih kurang RM1600/- untuk empat orang. Aku dapati tambang AIRASIA lagi mahal pada ketika itu. (awal bulan November 2013). Cuma yang tak bagusnya flight dari KLIA pada jam 1130 malam dan sampai Denpasar, Bali jam 240 pagi. Adikku di Kajang tertarik dengan rancangan tersebut. Tiket flight terus dibelinya dengan harga yang lebih kurang sama pada akhir bulan November. Aku pun menempah dua hotel di Bali melalui Booking.com. Hotel pertama : Puri Sading dekat pantai Sanur. Harga semalam RM135/- Hotel kedua : Wina Holiday Villa dekat pantai Kuta.Harga semalam RM141/- Dan pada ketika itu kadar tukaran matawang adalah RM280- IDR 1Juta di Malaysia. Di Indonesia RM270-IDR 1Juta. Saya telah menghubungi Pak Gustu dari sunskybalitour.com untuk mendapatkan khidmatnya di Bali. Pada jam 340 pagi 15/12/13 di Airport Ngurah Rai, Denpasar Pak Gusti rakan Pak Gustu setia menunggu kami 8 orang dengan memegang kad nama saya. Dengan Suzuki APV kami dibawa ke daerah Sanur untuk sambung tidur di Hotel Puri Sading. Sedap dapat tilam dua lapis.
         

DI GWK
PETANG DI TANAH LOT
DI ULUWATU
KERA DI ULUWATU
SELEPAS PERSEMBAHAN BUDAYA DI GWK
                                             

KERA LAPAR DI ULUWATU


DI TANAH LOT

   HARI  PERTAMA: 15 Dis 2013@Ahad

ARCA DEWA WISNU DI GWK

Anak-anakku pagi-pagi lagi dah terjun kolam di hotel. Selepas itu kami ke Cafe @ Rumah Makan Kapu-Kapu, kami terkejut kerana daging babi salai turut dihidang dengan hidangan lain. Terbantut selera seketika. Ramai Mat / Minah Salleh di Cafe pada pagi tu. Kebanyakannya Aussie iaitu dari Australia.Tepat jam 1100 pagi Pak Gusti pun tiba dengan Suzuki APV 8 seaternya. Kami dibawa dari Selatan hinggalah ke bahagian Utara. Mula-mula kami ke GWK@Garuda Wisnu Kencana untuk menonton persembahan kebudayaan dan beberapa arca kebanggaan agama Hindu. Selepas tu kami ke Uluwatu sebuah taman tepi laut yang banyak kera. Dan akhir sekali ke Tanah Lot, kawasan sejarah yang terdapatnya Pura @ Temple.Ramai sungguh pelancong asing walaupun hari hujan. Balik semula ke hotel lebih kurang jam 600 petang. Capek dibuatnya.Sebelah malam dalam hujan saya dan isteri menyelongkar bandar Sanur. Membuat kami lagi capek. BERSAMBUNG
 
 

MLM 14/12/13 DI KLIA
 

DI RUMAH MAKAN KAPU-KAPU HOTEL PURI SADING
LANDSKAP DI HOTEL PURI SADING

SUATU PETANG DI TANAH LOT
EHSAN SELEPAS JATUH DI TANAH LOT
300PAGI DI AIRPORT NGURAH RAI, BALI
DI HOTEL PURI SADING





No comments:

Post a Comment