Thursday, 9 January 2014

CHECK IN CHECK OUT - KEMBOJA @ CAMBODIA 1

Salam Buat Sahabat-sahabat yang membaca Blogku,
              Kolum Check In Check Out saya yang pertama ini, saya berkongsi kenangan manis saya bersama rakan-rakan saya semasa berada di Phom Phen, Cambodia pada 24-27 November 2012 yang lalu. Sesungguhnya aku tidak begitu arif dengan keadaan negara-negara di bahagian itu pada awalnya. Sangkaan ku Phom Phen ada ibu negara Vietnam. Semasa berbincang sebelum berlepas, barulah aku dapat tahu Phom Phen adalah ibu negara Cambodia atau Kemboja.  Ahli rombongan kami kali ini terdiri daripada beberapa rakan warga Kemboja yang berasal dari Kemboja dan sudah lama menginap di Malaysia. Mereka adalah peniaga-peniaga kain yang dah berjaya di Melaka. Mereka menjadi orang pengantara kerana boleh bertutur dalam bahasa Kemboja. Yang menariknya mereka sendiri sudah lebih 30 tahun tidak pulang ke kampung halaman mereka di Kemboja. Mereka telah datang ke Malaysia pada usia remaja kerana melarikan diri daripada menghadapi kekejaman rejim pemerintahan Pol Pot pada tahun-tahun 70an. Golongan-golongan yang berada ini difahamkan telah lari menyelamatkan diri bersama emas untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kekejaman pemerintah. Alhamdulillah, Tour Guide yang mengiringi kami sepanjang lawatan juga merupakan orang Melayu Campa yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
AWAL PAGI  DI AIRPORT PHNOM PHEN
         
KATIL TAHANAN


BANDARAYA PHOM PHEN

MENCERITA PENGALAMAN- PELURU MENGENAI TELINGA SAMBIL MENJUAL BUKU
ANTARA RATUSAN TENGKORAK


ANTARA CARA TAHANAN DIDERA


ANTARA AHLI ROMBONGAN KAMI.
               Untuk makluman pada zaman pemerintahan rejim Pol Pot jutaan rakyatnya telah dibunuh oleh pihak pemerintah termasuklah warga asing yang berada di bumi Kemboja. Kami Check In di Hotel Holiday Villa, Phom Phen. Hari pertama kami telah dibawa ke sebuah tempat yang telah dijadikan sebagai Muzium yang pernah menjadi tempat tahanan pihak rejim Pol Pot. Amat mengerikan melihat katil-katil lama tempat tahanan disiksa. Ratusan gambar-gambar mangsa kekejaman rejim juga dipamirkan. Tengkorak-tengkorak lama masih disimpan baik di Muzium ini. Ramai pelancong asing  turut serta melawat tempat ini semasa kunjungan kami. Mujurlah perkara seperti ini tidak berlaku di Malaysia. Rakan-rakan Kemboja yang turut serta bersama kami amat kagum melihat keadaan negaranya yang sudah banyak berubah selepas 30 tahun meninggalkan Kemboja.
           

No comments:

Post a Comment