Friday, 17 January 2014

NYIOR GADING PUNCAK MAHLIGAI 1 : BUKIT TINGGI

BANGUNAN FRENCH STYLE
Salam Blogger buat semua  pembaca blog ku ini.
            Izinkan aku mencoretkan sedikit  catatan tentang destinasi yang pernah aku kunjungi melalui kolum Nyior Gading Puncak Mahligai. Destinasi yang ingin aku ceritakan adalah di Bukit Tinggi, Pahang. Di sini terletaknya pusat percutian yang dinamakan Colmar Tropicale yang berasal dari bahasa Perancis. Kami telah ke sana pada percutian pertengahan tahun 2013 iaitu pada bulan Jun.
PERSEMBAHAN AKROBATIK DARI CHINA


SUASANA DALAM RESORT



ANGSA DI HADAPAN HOTEL.


BAHAGIAN SISI RESORT


DI JAPANESE GARDEN



DI TAMAN HAIWAN


DI BAHAGIAN HADAPAN RESORT


DI JAPANESE GARDEN

 SEBUAH KOLAM DI BELAKANG RESORT
Tempat ini seingat saya sudah lama wujud tetapi baru kini kami tergerak hati nurani untuk ke sana. Tempatnya tidaklah jauh sangat dari Kuala Lumpur. Lebih kurang satu jam sahaja perjalanan  dari Kuala Lumpur. Selepas melalui terowong Karak, kami meneruskan perjalanan ke arah Bentong, Pahang sehingga sampai ke persimpangan masuk ke arah Colmar Tropicale. Tempatnya tidaklah sejuk sangat. Suasana di tempat ini adalah seperti di sebuah perkampungan di Perancis. Agak unik bentuk-bentuk bangunan yang terdapat di sini termasuk keadaan susunatur perabut di dalam kamarnya.
         Banyak tempat yang boleh dikunjungi ketika berada di tempat ini. Antaranya adalah Japanese Garden yang terletak di satu kawasan yang lebih tinggi. Sejenis kenderaan ada disediakan untuk ke tempat tersebut secara percuma. Terdapat juga tempat  pemeliharaan haiwan di satu kawasan khas. Kanak-kanak menaiki kuda yang disediakan. Selain itu di kawasan resort juga ada dibuat persembahan akrobatik pada masa-masa tertentu untuk pengunjung resort. Sambil menikmati makanan kami turut dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi dari Filipina.Percutian 3 hari 2 malam sudah mencukupi untuk menikmati keindahan alam di kawasan ini.

No comments:

Post a Comment