Aku bangun awal kira-kira jam 6.00 pagi. Aku ke Pantai Sanur berjalan kaki lebih kurang 100 meter untuk menikmati keindahan pantai Sanur.Aku kembali ke hotel menjemput yang lain ikut serta menaiki bot ke tengah laut melihat keindahan batu karang yg berwarna-warni. Balik semula ke Hotel untuk bersarapan pagi jam 1030. Selesai serapan keluar ke Bandar Sanur menziarah kedai - kedai kraftangan yang banyak terdapat di merata cerok.
Checkout dari Hotel Puri Sading jam 1200 Tgh. Pak Gusti membawa kami ke Hotel Wina Holiday Villa di Kuta.
Selepas solat Zohor kami meneruskan pengembaraan ke Tanjung Benoe di Selatan Kuta melalui sebatang Highway yang baru dirasmikan semasa persidangan APEX dua minggu lalu. Kami telah ke Turtle Island sehingga ke petang. Hujan menyambut kepulangan kami di Kuta pada petang itu. Selepas menikmati Bakso Kuta kami pun pulang ke Hotel Wina Holiday Villa. Malam ni kami merayap lagi di Kuta yang sentiasa meriah walaupun dalam gerimis untuk menghilangkan lenguh-lenguh badan.
DI PANTAI SANUR |
PERAHU TRADISIONAL @JOKONG |
EHSAN BERSAMA PENYU |
MAMA BERSAMA IGUANA |
PAPA BERSAMA KAWAN BARU |
SEBELUM MENINGGALKAN TURTLE ISLAND |
MENUJU KE TURTLE ISLAND-16 Dis 13 |
No comments:
Post a Comment