Bagi kolum Nyior Gading Puncak Mahligai kali ini aku ingin menceritakan tentang trip kami ke Legoland yang terletak di Nusajaya, Johor. Sememangnya trip ke Legoland ini amat dinanti-nantikan oleh dua orang heroku. Selepas kami pergi ke Universal Studio Singapore @USS dua tahun lalu, anak-anakku sentiasa menyebut Legoland terbaru ini. Memang hajat kami nak pergi pada peringkat awal pembukaan. Tetapi setelah mendengar feedback dari rakan-rakan yang dah pergi menceritakan tempat tersebut yang amat panas sekali telah membantutkan hajat kami itu. Kami akan tunggu sehingga pokok-pokok yang ditanam menjadi lebih tinggi, lebih besar supaya apabila kami pergi nanti ia akan menjadi payung semasa kami berada di sana nanti.
Akhirnya kami hilang sabar dalam penantian itu. Kebetulan negeri Melaka bercuti pada 15 April 2013 setiap tahun sempena Hari Melaka Bandaraya Bersejarah. Maka kamipun pergilah ke Johor Bahru pada 13 April 2013. Kami mendapat tahu dari rakan-rakan yang dah pergi cerita mengenai mereka yang terpaksa beratur panjang sebelum dapat mencuba permainan yang disediakan. Mereka membayar mahal-mahal untuk masuk tetapi tidak puas bermain permainan yang disediakan kerana orang yang terlalu ramai dan terpaksa beratur terlalu panjang. Sungguh memenatkan dan merimaskan ditambah dengan cuaca yang amat panas di kawasan itu.
Jangkaan kami amat tepat sekali apabila negeri Melaka bercuti, maka hanya orang-orang Melaka sahaja yang berwisata. Sehari sebelum itu kami check in di Hotel Mutiara yang terletak di Bandaraya Johor Baharu. Pada pagi hari kedua selepas serapan di hotel kami pun bergerak ke Nusajaya iaitu lebih kurang 45 minit dari bandaraya Johor Baharu. Sebelum jam 10 pagi kami dah sampai ke Legoland. Cuaca pagi itu agak mendung, tidak panas. Seakan-akan nak hujan, tetapi tidak hujan. Bilangan pengunjung juga tidak begitu ramai. Ramai juga pengunjung dari luar Malaysia seperti dari Singapura, Thailand, India, Indonesia yang kami temui.
Alhamdulillah, pada jam 6.00 petang hampir semua permainan dapat kami main kecuali permainan yang mencemaskan kami seperti Rollercoster yang kami pun takut nak mencuba. Berbaloi kami membayar mahal untuk masuk ke Legoland. Anak-anak ku amat ceria sekali dalam trip kali ini. Kami sememangnya bercadang nak ke sana lagi jika berkesempatan kerana Water Theme Park nya pun sudah dibuka pada November 2013. Kami sedang menunggu pembukaan Hotel Legoland yang dijangka dibuka pada tahun 2014.
MAMA BERSAMA EINSTEIN |
BERSAMA SEORANG TUA SEDANG TIDUR LENA |
No comments:
Post a Comment