Wednesday, 8 January 2014

CUTI-CUTI HADYAI/SONGKLA 2013

MAKANAN EXOTIK
           Selesai saja pertandingan Bowling peringkat Daerah Melaka Tengah sempena Sambutan Kemerdekaan di MIBC pada 15 September 2013 yang lalu kami telah merancang untuk ke Hadyai Thailand. Tarikh pilihan kami ialah pada hari akhir persekolahan iaitu 13 November 2013 sehingga 16 November 2013. Isteri dan anak-anakku amat bersemangat hendak pergi kerana sudah lama tidak keluar negara.Kawan-kawan yang kulawa untuk bersama juga telah menunjukkan minat untuk menyertai termasuk rakan dari JPN Melaka serta rakan sepejabat dengan isteriku.

SUP SARANG BURUNG
SHOPPING DI HADYAI STREET
          Pada malam 13 November kami telah berkumpul di perkarangan PPDMT. Kami bergerak dari Melaka pada jam 10.00 malam menggunakan bas. Pada jam 6.00 pagi kami sampai ke R&R Gurun, Kedah. Pada pagi Sabtu kami sudah berada di sempadan Thailand Malaysia. Pada hari Sabtu itu kami telah mengunjungi beberapa tempat tarikan pelancong. Hotel penginapan kami adalah Hotel Hadyai Rama salah satu hotel yang menyediakan makanan Islam yang halal. Antaranya kami telah ke Nite Market, di Plaza Lee Garden dan beberapa tempat lagi. Kami bersiar-siar di Hadyai dengan menggunakan Tut-Tut. Pada hari ke 2 kami telah pegi ke Hadyai Market yang menjual beranika barangan. Hebat betul orang Thailand dalam meniru barangan jenama terkenal seperti handbag berjenama LV, kemeja T pelbagai jenama seperti Polo dan lain-lain. Pada sebelah petang kami telah ke Songkla iaitu ke pantai Samila yang terkenal dengan Ikan Duyongnya.
            Selepas itu kami balik semula ke Hadyai untuk pergi ke Floating Market. Saya dimaklumkan bahawa yang berniaga di atas sampan itu adalah beragama Islam. Aktiviti ini dijalankan untuk memacu ekonomi penduduk Islam oleh pihak Kerajaan Thailand. Beranika jenis makanan dijual dari atas sampan. Malam dipenuhi dengan pelbagai aktiviti hiburan. Hari berikutnya kami telah bersiap untuk berangkat pulang

DI PASAR TERAPUNG
DI SEMPADAN MALAYSIA
RESTORAN SHAH ALAM SEAFOOD
LONGGOKAN KASUT DI NITE MARKET
ke Malaysia. Apa yang saya dapati di Hadyai adalah keadaan bandarnya agak bersih kerana sentiasa dijaga. Alhamdulillah sepanjang 3 hari kami di sana tiada sebarang insiden-insiden buruk berlaku seperti letupan dan sebagainya. Kami sedang merancang untuk pergi ke Phuket, Krabi melalui jalan darat yang kami rasakan lebih mencabar pada tahun 2014.

No comments:

Post a Comment