Sunday, 10 August 2014

MENCARI IKAN PEKASAM DI PEKAN RABU





         
 
 
Salam Blogger Buat semua pembaca,
             
Sudah lama aku tidak mencoretkan cerita dalam blog ku ini. Al maklumlah sibuk dengan pelbagai tugas yang perlu dilaksanakan pada bulan Ramadan yang lalu. Dan ditambah pula dengan keadaan kesihatanku yang agal terganggu pada penghujung bulan Ramadan yang lalu.
             Sebaik sahaja selesai cuti Hari Raya Aidil Fitri yang baru lalu, aku telah sekali lagi ditugaskan untuk pergi ke negeri Kedah Darul Aman untuk melaksanakan pemantauan NBOS di daerah Kota Setar. Secara tepatnya kami telah ke Kedah pada hari Sabtu 2 Ogos sehinggalah 7 Ogos 2014 yang lalu. Aku sempat pergi ke beberapa buah sekolah di daerah Kota Setar.  Kami pasukan pemantau telah ditempatkan di Hotel StarCity yang terletak di Jalan Pintu Sepuluh.
             Bermula pada hari Ahad 3 Ogos 2014 kami dari kumpulan 3 telah ke SK Bukit Pak Kiau di Pokok Sena. Kedudukannya lebih kurang 25 kilometer dari Alor Setar. Pada hari kedua kami telah ke SMK Seri Gunung yang terletak dekat Gunung Kriung. Di hari berikutnya kami telah ke SMK Hutan Kampung yang terletak bersebelahan dengan lebuh raya. Pada hari Rabu pula kami telah ke SMK Mergung yang terletak dekat dengan PPD Kota Setar. Pada hari akhir kami telah ke SK Alor Setar.
             Untuk mengisi waktu petang, kami telah sempat pergi ke beberapa destinasi kegemaran pelancong. Kami telah dibawa ke Kompleks Pekan Rabu. kami dimaklumkan kompleks ini akan diubahsuai dalam masa terdekat ini.  Saya sempat mencari Ikan Pekasam bersama-sama rakan-rakan lain. Rakan-rakan di ofis sibuk berceritakan tentang keenakan ikan pekasam ini. Setelah memilih beberapa jenis ikan kami telah menziarah kedai-kedai lain yang terdapat di Pekan Rabu. Beranika jenis barangan ada dijual di sini. Untungnya orang Alor Setar ada satu tempat tarikan seperti ini yang menjadi tempat kunjungan ramai. Sebelum balik kami telah pekena Mee Hoon Sup yang ada dijual di tingkat paling bawah. Berpeluh dibuatnya apabila menghirup sup yang agak lazat itu.
           Selepas meninggalkan Pekan Rabu, kami telah dibawa ke Kuala Kedah untuk menikmati Laksa di |Telok Kechai, Kuala Kedah. Rasanya agak lain sikit berbanding dengan laksa-laksa di tempat lain. Petang itu kami pulang ke hotel agak lewat juga setelah puas dibawa bersiar-siar di bandar Alor Setar.







 
 

No comments:

Post a Comment