KUMPULAN TINGKATAN 6 SEMASA DI ADABI MASRIYAH BUKIT MERTAJAM |
BERSAMA HJH FADILAH ABAS |
RAKAN FACEBOOK/SEK : PUAN MASYITAH |
Dalam sibuk kami berusaha mengumpulkan ahli PBMP, tiba-tiba pada awal April lalu aku menerima maklumat dari rakan facebookku yang suam-suam sejuk menyatakan group tingkatan 6 kami semasa bersekolah di Bukit Mertajam ingin mengadakan perjumpaan kali pertama pada penghujung bulan April. Alhamdulillah hati kecil berkata. Aku bertanya lagi : Ada tak guru-guru kita akan hadir sama? Aku dimaklumkan bahawa guru Kertas Am kami : Fadilah Abas akan turut hadir.
Pertemuan itu telah berlangsung di Tanjung Lounge, PWTC pada 26 April 2014 jam 8.30 malam. Kebetulan pada ketika itu sedang berlangsung KL International Book Fare. Maka sesaklah PWTC pada ketika itu. Aku dan keluarga telah booking penginapan di Hotel Sunway Putra yang terletak berhadapan dengan PWTC.
Pada malam itu walaupun tidak ramai yang datang , perjumpaan ini tetap saya anggap sebagai satu kejayaan buat peringkat permulaan. Ramai di dalam kalangan group ini yang berjaya dalam bidang masing-masing. Malah ada yang dah berjaya sehingga ke peringkat Phd. Dan ada juga yang telah menjadi usahawan yang berjaya. Salah seorangnya Encik Mohd Shah yang kini menjadi Director di Hotel D`Feringghi, Batu Feringgi, Pulau Pinang.
Dalam jangka masa 35 tahun semuanya dah berubah wajah. Malah ada yang sudah pun bersara dari dunia pekerjaan. Satu perkara yang mengejutkan kami adalah Datuk K adalah setingkatan dengan kami pada zaman persekolahan pada tahun 1977/78. Malangnya beliau tidak dapat bersama pada malam itu. Inshallah kumpulan ini akan mengaturkan satu lagi perjumpaan pada penghujung tahun nanti.
PANDANGAN DARI HOTEL SUNWAY PUTRA. |
Assalamualaikum. Saya Yahya Abd Karim,dari Sabah, Tingkatan 6 tahun 76
ReplyDelete