Tuesday, 12 August 2014

TAMAN TAMADUN ISLAM RIVER CRUISE

                                                                                    Salam Blogger Buat semua pembaca,
                         Semasa percutian sekolah pada Jun 2014 yang lalu aku dan keluarga telah sempat berkunjung ke Kuala Terengganu.  Banyak rupanya tempat-tempat yang menarik yang terdapat di Kuala Terengganu. Selama ini yang kita semua tahu  kalau pergi ke Kuala Terengganu, orang pasti akan menyebut tentang Pasar Payang yang ada menjual beranika  barangan karftangan termasuk pakain daripada kain batik. Rupa-rupanya banyak lagi tempat-tempat lain yang boleh kita lihat jika berada di Kuala Terengganu.
                         Pada hari kedua di Kuala Terengganu kami telah checkout awal. Kami telah terus pergi ke Lesong. Lesong terkenal sebagai tempat penghasilan keropok yang enak di Terengganu. Seterusnya kami telah sampai ke Taman Tamadun Islam. Di sini terletaknya Masjid Kristal yang terkenal itu. Pembinaan masjid ini sebenarnya adalah di atas sebuah pulau iaitu Pulau Wan Man.  Aktiviti pertama kami di sini adalah mengunjungi Masjid Kristal yang hebat itu.

REPLIKA MONUMEN YANG BOLEH DILIHAT DARI ATAS BOT
                        Selepas puas bergambar di Masjid Kristal, kami telah menaiki river cruise yang dikenali sebagai TTI River Cruise. Kami telah menaiki bot di Jeti To Ku Paloh. Harga tiket bagi dewasa adalah RM20/- dan RM15/- bagi kanak-kanak. TTI River Cruise menggunakan perahu payang dan kolek untuk melihat pelbagai tempat menarik dan bersejarah di sepanjang Sungai Terengganu. Perahunya yang sangat cantik diukir sendiri oleh pembuat perahu di Terengganu.
                     Perkhidmatan menyusuri Sungai Terengganu itu yang memakan masa sejam sehingga satu setengah jam bergantung kepada cuaca akan membawa pengunjung melihat dan menyaksikan keunikan dan keindahan Taman Tamadun Islam di samping memperoleh sedikit pengetahuan tentang cara hidup masyarakat di sekitar kampung-kampung di situ terutamanya yang berkaitan nelayan,pembuatan kapal dan pembuatan makanan popular, keropok lekor.
                    Perjalanan sepanjang 2.5 km menyusuri Sungai Terengganu akan bermula dan berakhir di Jeti Tok Ku Paloh yang terletak di antara Masjid Kristal dan Taman Monumen. Dua orang crew akan mengiringi anda sebagai jurumudi dan pemandu pelancong dalam bot tradisional ini, jadi jika anda mempunyai apa-apa soalan yang berkaitan sepanjang menyusuri Sungai Terengganu, anda boleh bertanya kepada pemadu pelancong yang ramah ini.
                  Jangan lupa menaiki river cruise sekiranya anda berkunjung ke Kuala Terengganu. Satu pengalaman yang menyeronokkan kerana River Cruise di Melaka sangat berbeza dengan River Cruise yang terdapat di Kuala Terengganu.






INDUSTRI PEMBINAAN BOT DI KT

MASJID KRISTAL DARI ATAS BOT


PEMANDU PELANCONG YANG PERAMAH

KEADAAN JETI TOK KU PALUH


No comments:

Post a Comment