Pada bulan April yang lalu Jabatan Pendidikan Melaka telah dikunjungi oleh Yang Berusaha Datuk Misrah b. Haji Ibrahim iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ( Pembangunan Profesionalisme Keguruan). Kunjungan ini adalah atas lawatan kerja pegawai atasan Kementerian Pendidikan Malaysia ke semua negeri di Malaysia. Dan antara negeri di bawah perhatian Datuk Misrah adalah negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Majlis yang berlangsung di Auditorium Al Azim turut dihadiri oleh semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Melaka.
Ucapan Datuk Misrah selama lebih kurang 90 minit banyak menyentuh tentang agenda tranformasi yang akan dilaksanakan oleh pihak KPM. Agenda- agenda pula itu disusuli dengan perlaksanaan pelbagai program yang telah diatur dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2015) yang terdapat 11 anjakan yang perlu diberikan perhatian.
Antara perkara yang disentuh adalah berkaitan Pembugaran Pendekatan Pedagogi. Pembugaran ini penting bagi memastikan objektif yang kita nak capai tercapai. Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan tentang hakikat satu matlamat pelajaran . Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan , guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip. Kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran.
Perkara-perkara lain yang disebut adalah tentang Perkongsian Bestari dalam Pedagogi, Amalan penyerapan dalam PdP yang melibatkan VLE FROG, PLC, KBAT dan banyak lagi. Sesungguhnya kehadiran Datuk Misrah pada penghujung bulan April lalu ke negeri Melaka amat signifikan sekali kepada Jabatan Pendidikan Melaka dalam memberikan pencerahan kepada landskap dunia pendidikan negara pada masa kini.
UCAPAN TUAN PENGARAH PENDIDIKAN MELAKA |
No comments:
Post a Comment