Saturday, 16 August 2014

SATU PERISTIWA PADA 23 APRIL 2014



TUAN PPD MT BERSAMA TN TIMBALAN SERTA KU PEMBANGUNAN DAN KU AKADEMIK

                 Salam Blogger buat semua,
                 Setelah hampir sebulan tuan Tuan Othman b Sagap, Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah, bersara pada penghujung 28 March yang lalu akhirnya pada pagi 23 April 2014 Tuan Abdul Halim bin Abdul Malek telah ke Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah untuk melaporkan diri sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah yang ke 7.  Tuan Abdul Halim sebelum ini adalah Ketua Sektor Pengurusan Sekolah di Jabatan Pendidikan Melaka. Seperkara yang menarik adalah beliau pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah selama hampir setahun satu ketika dahulu iaitu semasa Tuan Abdul Mutalib Osman menjadi Pegawai Pendidikan Daerah.
               Kehadiran Tuan Halim pada pagi itu telah disambut oleh pegawai-pegawai kanan di PPD Melaka Tengah pada pagi itu termasuklah Tuan Timbalan PPD Melaka Tengah, Tuan Jumat bin Mat Lani. PPD Melaka Tengah adalah merupakan PPD yang terbesar di negeri Melaka yang mempunyai sebanyak 131 buah sekolah Menengah dan Rendah dan muridnya pula berjumlah lebih 90 ribu orang.
              Lantaran itu cabaran yang perlu dipikul oleh pegawai-pegawainya adalah lebih mencabar dan kami warga PPDMT percayai dengan pengalaman luas yang dimiliki oleh Tuan Abdul Halim bersama-sama barisan Ketua-ketua Unit yang amat berpengalaman PPD Melaka Tengah akan tetap menjadi PPD No 1 dalam negeri Melaka dalam apa saja bidang dan itulah merupakan slogan kami di PPD Melaka Tengah pada masa kini.








No comments:

Post a Comment