Salam Blogger Buat Semua
HOTEL CASA DEL RIO DI MUARA SUNGAI |
SUASANA MALAM DI SG MELAKA |
SG MELAKA YANG MENGGAMIT PENGUNJUNG |
MURAL YANG MENARIK DI BANGUNAN |
Aku tiba di lokasi agak lewat kerana terpaksa menghantar salah seorang anakku ke sekolah tambahan yang diadakan pada hari ini. Belum sempat aku nak bersama-sama bersenamrobik beramai-ramai bersama Tuan Pengarah, seorang demi seorang rakan-rakanku berjumpa dan bercerita pelbagai perkara tentang kerja dan tugas yang perlu dilaksanakan di empat bulan terakhir sebelum selesai tahun 2014. Begitu juga dengan rakan-rakan dari sekolah juga berjumpa dan memberitahuku program-program yang akan sekolah jalankan di samping itu turut menjemput aku untuk bersama-sama dalam program tersebut. Ketika itu anak dan isteriku terus menghilang membawa diri kerana tahu suaminya antara orang yang sangat dicari-cari oleh pihak sekolah dan rakan taulan. Kalau dia tunggu, dia juga yang akan boring akhirnya.
Akhirnya aku diheret juga oleh rakan ke Samudera Cafe berhampiran setelah puas menolak untuk berbual lebih panjang dan bercerita perkara-perkara yang lebih intim. Cadangan asalku untuk bersama dalam program berjalan seribu langkah hanyut ke Sungai Melaka dan telah bertukar kepada Program Seribu Langkah ke Cafe. Tetapi aku tetap berpeluh walaupun tidak dapat berjalan seribu langkah bersama Tuan Pengarah serta pegawai- pegawai kanan yang lain.
No comments:
Post a Comment