Friday 15 August 2014

PROGRAM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SIRI 3 - KAWASAN TANJUNG

DI MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
   Salam Blogger buat semua pembaca,

PROGRAM PRS DI SMKA SULTAN MUHAMMAD
             Pagi ini saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Majlis Guru Bimbingan dan Kaunselor bagi Daerah Melaka Tengah yang telah menganjurkan kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya Siri yang ke 3 bagi kawasan Tanjung. Pada hari ini program yang sama juga telah dijalankan bagi kawasan Ayer Keroh iaitu di SMK A Sultan Muhammad. Dan beberapa minggu sebelum ini di SMK A Sharifah Rodziah bagi kawasan Bukit Cina.

TN HJ SULAIMAN TURUT BERSAMA.
            



Terima kasih saya ucapkan kepada pihak pengurusan SMK Kg Gelam yang telah membenarkan dewan sekolah digunakan untuk program ini Terima kasih wakil pihak pengurusan sekolah iaitu Tuan Haji Samsuddin (GPK 1 ) SMK Kg Gelam yang telah dapat bersama-sama dalam Majlis penutupan program yang telah ditutup rasmi oleh Penolong PPD (PPK) PPD Melaka Tengah, Encik Mohd Sharom b. Mohd Shariff.
            Sebagai PRS kita perlu sentiasa menghayati falsafah PRS iaitu bantu diri, untuk membantu rakan lain. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, anda seharusnya berusaha mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kreativiti dan keimanan.
Prinsip PRS
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
Peranan anda sebagai PRS
Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
  • Sebagai khidmat sokongan, anda membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
  • Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.
  • Sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain.
                 Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang satu hari program berlangsung. Terima kasih kepada Encik Chan Chin Ho selaku Pengerusi MGKGB Melaka Tengah yang telah menerajui program ini. Dan diharapkan program seumpama ini dapat diadakan di masa-masa akan datang.









No comments:

Post a Comment