Lama sungguh aku tidak menulis rasanya sejak awal bulan April yang lalu. Petang ni aku tergerak untuk menulis tentang satu perkara yang menjadi penyakit sesetengah orang pada masa kini iaitu tentang mental disorder ataupun sakit mental. Perkara ini banyak berlaku pada orang yang berada di sekeliling kita. Kalau mengikut servey yang dilaksanakan oleh rakan ofisku yang menjaga guru-guru bermasalah, bilangan guru yang bermasalah mental setiap tahun semakin bertambah. Saya rasa perkara ini ada kaitannya dengan bidang tugas kita yang semakin mencabar kebelakangan ini. Maka tidak hairanlah ramai rakan sejawatku yang berada di sekolah mohon untuk bersara lebih awal sebelum usia 60 tahun akibat tekanan kerja.
Sakit Jiwa Dari Pandangan Pakar Sakit Jiwa Prof Dr Zakiah Daradjat.
" Seorang yang diserang penyakit jiwa (Psychose), kepribadiannya terganggu, dan selanjutkan kurang mampu menyesuaikan diri dengan wajar, dan tidak sanggup memahami problemnya. Seringkali orang yang sakit jiwa, tidak merasa bahwa ia sakit, sebaliknya ia menganggap bahwa dirinya normal saja, bahkan lebih baik, lebih unggul dan lebih penting dari orang lain"
Sebenarnya dalam diri manusia, terdiri daripada beberapa komponen yang dapat diklasifikasikan seperti berikut:-
- Hati , Nafsu , Rohani , Akal dan Jasad.
Sekiranya rosak salah satu daripada komponen tersebut akan rosaklah sistem akal. Apabila akal rosak ia mengakibatkan rosaknya hati dan hati adalah punca kesihatan jasmani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Apabila rosaknya maka rosak jasad semuanya (tubuh) dan apabila sihat jasad sihat semuanya (tubuh), iaitu hati".
"Apabila rosaknya maka rosak jasad semuanya (tubuh) dan apabila sihat jasad sihat semuanya (tubuh), iaitu hati".
Kesihatan jasad berkait rapat dengan kesihatan hati iaitu rohani. Antara penyakit rohani yang sering dialami manusia ialah rasa kebimbangan dan takut iaitu takut miskin, takut mati, takut kehilangan suami/isteri atau kawan, takut hilang pengaruh , takut bencana dan takut malapetaka, di samping penyakit lain seperti dukacita (depression), merana, rasa bersalah (guilty), sukar buat keputusan dan terlalu panik (nervous), terperanjat dan takutkan suasana meriah atau ramai (phobia).
Jalan keluar daripada terus tenggelam dalam keadaan begini hanya ada beberapa pilihan untuk ditentukan. Rawatan melalui cara 'agama' adalah di antara rawatan yang tidak kurang pentingnya, iaitu beriman kepada Tuhan yang merupakan satu kekuatan yang luarbiasa.

'Sindrom Kurang Daya Tahan Iman' merupakan fenomena yang dialami oleh kebanyakan orang sehingga menimbulkan pelbagai krisis sosial. Terjadinya kes-kes seperti ketegangan, kebimbangan, kecelaruan dan kerosakan mental yang mengganggu kerasionalan minda seseorang banyak bertolak daripada kurangnya daya tahan iman.
Satu perkara yang amat gila dan pelik apabila faktor pakaian yang dipakai pun boleh menjadi bahan untuk bergaduh sesama rakan. Gila jenis ini pada saya sudah berada di tahap yang amat kronik. Perasaan sakit di hati disebabkan ada rakan ofis yang berpakaian lebih glamour dari apa yang dipakai. Dan perkara ini boleh menyebabkan sipolan boleh sanggup balik ke rumah untuk bertukar pakaian lain lebih hebat. Dengan lain perkataan disebabkan pakaian pun sanggup untuk putus dan hilang kawan . Maka dengan itu seorang demi seorang kawan meninggalkannya.
Manusia mudah mengalah dan tersungkur di bawah arus pengaruh kesyaitanan, akhirnya berlakulah pelbagai fenomena dan akhirnya sanggup menggunakan ilmu sihir untuk menundukan orang lain termasuklah rakan pejabat dan juga kepada si suami atas alasan tertentu. Tanpa memikirkan dosa atas perkara yang dilakukan, maka bodohlah si suaminya itu.

Akhirnya, menurut Dr. Wan Husin Azmi (1983), cara untuk mengatasi masalah yang sering menekan jiwa manusia seperti kebimbangan atau takut, pergolakan jiwa dan keadaan terpinga-pinga (tidak tahu apa yang harus dilakukan) yang merupakan faktor utama kepada gangguan mental itu, adalah dengan kembali 'mengimani hanya kepada Allah s.w.t.'
No comments:
Post a Comment