Aku agak tertarik dengan sebuah lagu yang berjudul Arjuna Beta yang kerap juga dimainkan di corong-corong radio kebelakangan ini. Sudah agak lama juga lagu ini berkemundang. Cuma aku yang agak ketinggalan gagal menghayatinya di peringkat awal. Lagu ini karya Fynn Jamal atau nama sebenarnya Nur Affina Yanti Jamaluddin, seorang pemuzik, penulis dan penyajak. Hebat nama-nama orang Melayu sekarang ini sehebat lagu Arjuna Beta yang pada aku cukup puitis sekali setiap diksi, setiap baris dan setiap rangkapnya. Aku tidak cukup kenal dengan Fynn Jamal, tapi aku difahamkan lagu-lagunya kebanyakannya berunsur puisi. Liriknya cukup mendalam maknanya sehingga boleh mengerakkan setiap saraf dan denyutan nadi jika dihayati betul-betul setiap kata-kata yang digunakan dalam lirik lagu ini.
Lagu ini memperlihatkan tingginya nilai kasih sayang seorang ibu terhadap seorang anak. Aku difahamkan ketika itu anak Fynn bermasalah jantung berlubang dan memerlukan rawatan segera yang berjumlah RM35K. Alhamdulillah dengan bantuan rakyat Malaysia yang prihatin Arjuna Bakti Fitri selamat menjalani pembedahan dan kini berada dalam keadaan sihat sejahtera selepas menjalani pembedahan tersebut. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
No comments:
Post a Comment