Tarikh yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Isnin, 12 Mei 2014 , hujan lebat pagi ini turun menyimbah bumi. Alhamdulillah, sejuk sikit pagi ini. Kesian isteriku menghantar anak-anakku ke sekolah dalam keadaan macet teruk. Biasalah kalau dah hujan. Aku tiba ofis jam 749 pagi. Masing-masing sibuk dengan persiapan fail PK kerana pagi ini akan berlangsung Audit Dalaman MS ISO yang akan menyemak segala perjalanan proses pengurusan kerja-kerja sepanjang tahun dari tahun lepas.
Semalam hari Ahad pun saya dapati masih ramai rakan ofis yang berada di pejabat untuk mengemaskini fail-fail masing-masing. Sesekali aku perli rakan ofis " Woiiii, tak ingat balik ker, orang suruh rehat hari Ahad, kau orang ini rajin betul dah jam 300 ptg pun tak nak balik lagi. Rileklah, pergi bawak anak tengok Spiderman kat GSC " kata-kata yang terkeluar dari mulut ku petang semalam di ofis. Kalau macam nilah cara kerja sepanjang tahun selayaknyalah PPDMT menjadi PPD No.1
Pagi ini sebelum jam 900 pagi 4 orang auditor tiba diketuai oleh Encik Aspian dari JPN Selangor, Encik Rosli Sadali dari PPD Sepang dan dua orang lagi iaitu Encik Norizan dan Puan Jamiah dari Putrajaya. Mereka akan berada di PPD sehingga hari Khamis 15 Mei 2014 ini. Mujurlah esok cuti Hari Wesak. Dapatlah bernafas sikit. Setakat ini PPDMT masih berjaya mengekalkan kecemerlangannya tanpa sebarang NCR mahupun OFI.
Kehadiran Tuan PPDMT dengan ucapan ringkasnya di majlis pembukaan telah cukup membuktikan bahawa pihak pengurusan tertinggi PPD memberikan perhatian yang serius terhadap soal pengurusan kerja-kerja bagi memastikan segalanya mengikut SOP seperti yang telah ditetapkan oleh KPM. Encik Aspian selaku Ketua Audit semasa ucapan pembukaannya telah selang selikan ucapannya dengan soalan-soalan yang mencuitkan suasana sedikit sebanyak telah mengendurkan keruh muka di wajah rakan-rakan PPD.
Inshallah pada hari Khamis nanti semasa mesyuarat exit akan dilaporkanlah hasil daripada pemantaun yang telah berlangsung selama 3 hari. Adakah segala prosedur kerja dipatuhi ataupun sebaliknya. Sesunggunya segala kerja yang dilakukan itu adalah ibadat kita jua. Sesiapa yang sedar akan perkara ini pastinya akan melakukan yang terbaik supaya mendapat ganjarannya kelak.
Di antara ciri-ciri pekerja dan pekerjaan yang dianggap sebagai ibadah adalah:-
· Pekerjaan yang disertakan dengan niat mendapat keredhaan Allah;
· Pekerjaan itu mestilah perbuatan yang harus atau boleh dikerjakan menurut syarak;
· Tidak meninggalkan perkara-perkara wajib seperti solat.
· Menghasilkan kerja yang berkualiti.
· Dilaksanakan dengan tekun, cekap dan bersungguh-sungguh;
· Berasaskan prinsip syariah seperti amanah, adil dan bertanggungjawab;
Menghindarkan diri dari perasaan riak, (menunjuk-nunjuk), ingin dipuji dan terkenal sebagai orang yang rajin, tekun, orang baik dan ingin disebut-sebut sebagai ahli ibadah oleh orang ramai, suka berbangga dengan memberitahu kepada orang lain akan amal kebajikannya dan menghindarkan diri dari merasa bangga kerana ia telah banyak berbuat kebajikan dan amal ibadah.
"
Akhirkata " I have died everyday waiting for you" kata Christina Perri dalam A Thousands Year menutup bicaraku pada pagi ini.
No comments:
Post a Comment