Sunday, 18 May 2014

HIASAN DI HOMESTAY ROEMAHKOE

   Salam Blogger buat semua,
            TARIKH: 18/5/14
            HARI : Ahad
            LOKASI : HomestayRoemahkoe, Kg Tengah, Klebang Besar.
            MASA : 12.35 Tengahari
            TELEFON : 0123908591 & 0123980860 & 062820120


HIASAN BUNGA DAN BAKUL ROTAN DARI SARIKIN.
               Menghabiskan masa cuti hari Ahad di HomestayRoemahkoe. Mengemaskan tumbuhan yang sudah mati yang memanjat pagar di kawasan tepi dan belakang rumahku. Cuaca panas membuat aku cepat letih. Terus masuk ke dalam rumah sambil menonton TV bersama-sama anak-anakku. Mataku tertancap pada lukisan - lukisan dinding dalam rumahku.    Begitu banyak sekali lukisan-lukisan yang terdapat dalam rumah ini.  Lukisan-lukisan itu kebanyaknya aku beli dari Indonesia. Hampir setiap tahun aku ke negara jiran itu. Kadang-kala sampai dua kali setahun aku ke Indonesia atas urusan kerja dan juga sosial. Kali terakhir aku ke sana pada penghujung tahun lepas bersama keluarga ke Pulau Bali.


CERMIN  HIASAN DARI KOTA FESYEN
                  Sebelum ke Bali pada bulan Disember tahun lepas, saya dan isteri juga telah sempat ke Hadyai dan Songkla, Thailand. Sebaik sahaja sekolah bercuti saya bersama rakan-rakan ofis telah ke sana dengan menaiki bas.  Seronok juga dapat melihat budaya negara asing sekali-sekala. Sosio budaya hidup masyarakat di atas agak berbeza dengan masyarakat di Malaysia. Walaupun golongan bermasyarakat Islam tidak ramai, kerajaan masih memberikan peluang-peluang perniagaan kepada masyarakat Melayu di Selatan Thailand.

LUKISAN CAT DARI BANDUNG
TOPENG KAYU DARI BALI
                  Selain daripada lukisan-lukisan cat dari Indonesia  yang terdapat di dalam rumahku ini, terdapat juga banyak lagi barangan lain saya perolehi dari luar negara yang sempat dibeli semasa laatan kami ke tempat tersebut. Antaranya seperti tempat habuk rokok, bekas tisu, arca, topeng dan beberapa lagi barangan lain yang masih belum dibawa di HomestayRoemahkoe di Kg Tengah, Klebang Besar. Sememangnya kami memang bercadang untuk menambahkan koleksi barangan hiasan tersebut dari masa ke masa.
Inshallah satu hari nanti rumah ini akan saratlah dengan barangan sovenir-sovenir yang kami beli dari negara-negara yang kami sempat kunjungi.
                Sekian.


TEMPAT KUNCI DARI CAMERON HIGHLAND
HIASAN BUNGA DINDING DARI AIR HITAM


LUKISAN DARI JOGJAKARTA


LUKISAN CAT DARI MEDAN


LUKISAN CAT DARI BANDUNG



TEMPAT HABUK ROKOK DARI BALI



LUKISAN CAT DARI BANDUNG


WIND CHARM DARI CAMERON HIGHLAND


LUKISAN CAT DARI MEDAN


TEMPAT HABUK ROKOK DARI BALI


BUNGA HIASAN DARI AIR HITAM

TEMPAT TISU DARI HADYAI




TEMPAT GARAM DARI SABAH

No comments:

Post a Comment