waktu kulukis malam dengan hatiku, manusia sekeliling sedang berahi dirangkul gelita tetapi aku memilih untuk mengutip mawar dan harumnya untukku nikmati makna kehilangan sebuah kesepian. dalam pekat malam, resah tiba-tiba menjadi sekawan lebah kemudian memuntahkan madunya ke tubuhku. begitulah antara halus cahaya dan deru angin di dada malam aku menjadi sendu antara tahajud dan tasbih antara taubat dan istiqarah. Rabb, demi malam-Mu berikan aku sendu untuk kukenal sebuah makam rindu.
Tuesday, 13 May 2014
30 BULAN MASA BERLALU : HOMESTAY ROEMAHKOE
Salam Blogger Buat rakan pembaca,
Alhamdulillah selepas 30 bulan Homestay Roemahkoe beroperasi sejak Disember 2011 sudah seramai 56 kumpulan menginap di homestayku ini. Walaupun promosinya tidaklah begitu menyeluruh tetapi alhamdulillah sambutan yang diberikan oleh rakan kenalan agak memberangsangkan. Bagi tahun 2014 ini sahaja sudah ada 8 kumpulan yang menghuni Homestay Roemahkoe ini. Terbaru adalah Encik Kasim dari Kota Bahru, Kelantan yang telah menginap selama 4 hari semasa beliau melangsungkan perkahwinannya dengan gadis Bukit Rambai, Melaka.
Pokok-pokok yang aku tanam semuanya sudah merimbun dan menghijau. Pokok-pokok mangga yang aku tanam di belakang rumah semuanya dan berbuah lebat. Begitu juga dengan pokok rambutan. Seronok tengok pokok-pokok yang ku tanam dah mengeluarkan hasilnya. Malangnya semasa cuaca panas pada awal tahun ada juga pokok rambutan ku yang mati tidak bersiram. Begitu juga dengan pokok-pokok bunga di halaman rumah. Al maklumlah seminggu sekali baru dapat balik ke Pulau Semasa kehadiran tetamu untuk check in, isteri dan anak-anakkulah yang menjadi mangsa untuk mengemas dalam dan luar rumah. Terjelir juga lidahku untuk mengemas kawasan di bahagian luar rumah. Lebih-lebih lagi ketika musim hujan. Bukan main cepat rumputnya naik memanjang. Akhirnya aku terpaksa mengalah juga dengan menyerahkan tugas memotong rumput kepada pihak luar dengan mengeluarkan sedikit upah. Inshallah akhir tahun nanti aku akan membawa mereka makan angin ke luar negara atas penat lelah mereka bersama. Lokasinya sudah dikenalpasti. Tiketnya sudah dibeli. Setiap orang is looking forward. Tak sabar nak tunggu bulan Disember menjelang tiba.
Kadang-kala semasa kami sedang bercuti di luar negara pun tiba-tiba ada orang menelefon mencari homestay kami. Misalnya pada tahun lepas semasa kami sedang berada di Bali, Indonesia. Begitu juga semasa saya berada di Kemboja pada akhir tahun 2012 yang lalu. Kita sekadar berusaha untuk menambah rezeki.
Apa-apapun rezeki di tangan tuhan. Kita hambanya yang kerdil hanya mampu berusaha yang terbaik yang termampu. Jika kita berusaha lebih, lebihlah yang kita perolehi.
Cuti sekolah semakin hampir. Sekolah akan mula bercuti pada 28 Mei ini sehingga 15 Jun 2014. Kepada sesiapa yang bercadang bercuti ke Melaka, sila berhubung dengan kami untuk menempah Homestay Roemahkoe yang terletak di kawasan Klebang Besar, iaitu kira-kira 10 minit dari Bandar Hilir, Melaka. Sila hubungi kami di talian : 0123908591 (Sharom) atau 0123980860 (Ubaidah) Atau sila email saya di alamat : mohdsharomm@ymail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment