Friday 16 May 2014

WHATAPPS MENARIK SEPANJANG HARI GURU 2014

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera, Salam Perpaduan
dan Salam 1Malaysia

Salam Blogger,
               Semalam selesai sudah Sambutan Hari Guru Peringkat Nasional bagi 2014 yang bertemakan Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi. Kedengaran pelbagai bentuk insentif daripada pihak atasan akan ditawarkan kepada guru-guru. Tahniah kepada Tan Sri Alimuddin @ Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang telah diberi Anugerah Tokoh Kepimpinan Kebangsaan  2014. Seusungguhnya guru merupakan insan terpenting selepas ibu bapa dalam kehidupan seseorang. Sebagai menghargai jasa guru, kerajaan telah mengisytiharkan 16 Mei setiap tahun sebagai Hari Guru. Dalam meraikan sambutan hari guru, banyak program dilaksanakan sekolah, daerah, negeri dan di mana-mana jua.
              Begitu juga di PPDMT, sambutan kecil-kecilan turut juga diadakan. Tidaklah semeriah sambutan di sekolah-sekolah. Sekurang-kurangnya buat penghibur rakan-rakan sekerja yang baru meninggalkan sekolah dan mula berkhidmat di pejabat. Kalau di sekolah dulu, pelbagai jenis hadiah diterima daripada anak-anak murid, di PPD tiada lagi itu semua. Semuanya tinggal kenangan. Bagi kami yang sudah lama bekerja di pejabat sudah terbiasa dengan suasana itu. Jauh di sudut hati kami kadang-kala terasa jua kehilangan suasana itu.
            Apa-apapun, terima kasihlah kepada kumpulan AKP yang telah menyediakan kek untuk kami golongan  guru di PPD. Sambutan ini sedikit sebanyak dapat memadam sedikit kesedihan itu. Terima Kasih EO dan rakan-rakan yang telah melayan kami semalam. Terima kasih juga atas kreativiti rakan-rakan yang telah menghantar pelbagai Whatapps yang kreatif. Terbukti dan terserlah guru adalah insan kreatif. Bersesuaianlah dengan tema sambutan hari guru tahun ini. Berikut beberapa contoh yang sempat ku muatturun dalam blog ku ini.
           Saya ingin akhiri post saya kali ini dengan dua rangkap kata-kata daripada perutusan Dato Dr Khair b Mohammad Yusof, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia :
 
           " ....... kita perlu melihat apa yang berlaku di dalam kelas atau pembelajaran di bilik darjah. Pada saya, the classroom is the source of energy for positive vibrations – the nucleus of change. Slight ripple of improvement in the classroom will create a strong wave of transformation. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah harus menekankan kepada pedagogi. Fokus pembelajaran murid hendaklah menjadi agenda utama seseorang guru. Guru-guru disaran agar sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran mereka dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah."
          "........guru memainkan peranan penting bagi menerapkan elemen kreativiti dan inovasi dalam pengajaran mereka. Oleh itu, guru perlu sentiasa berfikir untuk membudayakan elemen kreatif dan inovatif dalam setiap aspek pengajaran dan pembelajaran. Melalui budaya pemikiran kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mengaktifkan minda murid menjadi lebih dinamik, kreatif dan inovatif. Hasil atau outcome pembudayaan elemen kreatif dan inovatif ini, insyaallah akan menjadikan pengajaran guru dan pembelajaran murid lebih berkualiti. Oleh itu, untuk mencapai tujuan ini maka para guru mestilah sentiasa think again, think across and think ahead. "
         Akhir kata :
         SELAMAT HARI GURU
         TERIMA KASIH CIKGU       
 
    


























No comments:

Post a Comment