Malam ni aku tertarik untuk menyorot kenangan silam bersama rakan-rakan PPD ku semasa kami bermesyuarat di Hotel Rainforest, Taman Negara Pahang pada penghujung tahun 2006 atau lebih tepat lagi dari 6-9 November 2006. Ketika itu Pegawai Pendidikan Daerah adalah Tuan Haji Abd Rasid Budin yang telah turut bersama dalam mesyuarat tersebut. Tuan PPD hanya sampai ke Taman Negara pada hari ke tiga mesyuarat.
Pada hari kedua kami sempat melawat ke SK Kg. Pagi. Kami terpaksa menaiki bot selama lebih kurang 45 mint lagi sampai ke sekolah tersebut. Kami telah disambut oleh Guru Besar serta penduduk kampung di kampung tersebut. Pengalaman yang agak menyeronokkan ketika menaiki bot yang jarang kami dapat naik. Melihatkan kemudahan-kemudahan yang terdapat di kawasan pedalaman membuat kita rasa bersyukur dengan keadaan fizikal di tempat kita.
Kami juga sempat berjalan kaki di dalam hutan untuk pergi mencuba canopy walk iaitu berjalan di atas jambatan tali yang diikat antara pokok-pokok yang tinggi. Ada sedikit rasa kecut dan gementar ketika menaiki jambatan gantung tersebut. Untuk sampai ke situ kaki terpaksa menapak lebih sejam juga untuk sampai ke situ. Seorang demi seorang telah menjerit apabila menyedari di dalam seluar masing-masing ada lintah sedang kenyang menghisap darah.
Memudik Sg. Tembeling untuk sampai ke Lata Berkoh juga merupakan satu lagi pengalaman yang menarik. Di Lata Berkoh terdapat kawasan Air Terjun yang amat menarik dan nyaman untuk berendam. Mesyuarat ini merupakan satu pakej yang amat santai kerana selain dapat bermesyuarat di kawasan pedalaman hutan kami juga berkesempatan untuk meneroka kawasan hutan Taman Negara, Pahang yang jarang dikunjungi ramai.
Sekian.
RAKAN2 WARGA PPD KETIKA ITU |
MENAIKI BOT KE KG PAGI |
KEADAAN DALAM BOT |
BERSAMA TN HJ RAHMAN, PENYELIA SUKAN |
HJ ROSLAN MENYAMPAIKAN BUAH TANGAN KEPADA GB SK KG PAGI |
PAGI HARI KETIGA |
DENGAN KONFIDEN NURUL BERJALAN DI CONAPY WALK |
DI SK KG PAGI |
DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI YANG KAMI SINGGAH |
DI KAWASAN AIR TERJUN LATA BERKOH |
HJ WAHID WAKIL PPD BERUCAP DI SK KG PAGI |
DI KG ORANG ASLI |
DI AKHIR MESYUARAT BERSAMA TN PPD |
IKAN JINAK DI HOTEL PENGINAPAN |
DI RESTORAN TERAPUNG DI TMN NEGARA |
No comments:
Post a Comment