Friday, 16 May 2014

MELAYUR KATA KATA PENGGULUNG BICARA

EN ASPIAN MENCERITAKAN PENGALAMANNYA
                  Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.  
                  Salam Blogger buat semua,
                  Semalam 15 Mei 14 @ Khamis, selesai sudah audit ISO9001-2008. Kalau tahun lepas tiada NCR dan OFI, kali ini kita berjaya mengumpul NCR dan OFI. Sedih apabila mendengar laporan daripada Ketua Auditor, Encik Aspian Jamaluddin dari JPN Selangor. PPD tiada ketika itu kerana ke sambutan Hari Guru di Kuala Lumpur. Walau bagaimanpun kami warga kerja PPDMT yang sentiasa No.1 menerima keputusan tersebut secara positif.  Malah kami dah pun merancang nak buat mesyuarat Post Mortemnya dalam masa terdekat ini.  Alhamdulillah PPD baru kami amat positif. Dari jauh menyampaikan pesan " sebarang OFI dan NCR kita baiki bersama"


KEADAAN SELEPAS TAMAT PEPERANGAN
              Sesungguhnya pada malam sebelum itu kami telah menghiburkan semua Auditor di Muara Sungai Duyong dengan menikmati jamuan Ikan Bakar dengan harapan sekurang-kurangnya dapat melembutkan outcome semasa sesi penggulungan. Kami redha dengan keputusan yang kami terima. Kami anggap ini sebagai hadiah paling special sempena sambutan Hari Guru tahun ini. Sesungguhnya setiap orang yang sudah berjaya itu pastinya pernah menempuh pelbagai keperitan dan kesusahan sebelum mereka lebih berjaya lagi.
HIDANGAN SEBELUM PEPERANGAN BERMULA
PANGLIMA PERANG PPDMT DIKETUAI OLEH HANG JUFRI

Namun, satu perkara yang harus kita yakini, selepas kesusahan yang kita hadapi. Sesudah penat lelah yang kita lalui.  Di hujungnya ada kemudahan. Di akhirnya akan hadir kesenangan yang mengembirakan.

Janji Allah dalam KalamNya," Maka sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan.
Sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan."
[Surah As-Syarh, 95: 5-6]

EN IZAD DARI JPN JOHOR TURUT MENJADI AUDITOR

 
EN ASPIAN YANG MENGHADIAHKAN OFI & NCR
Yakinlah dengan janjiNya itu.

            Selepas mendung, pasti akan hadirnya mentari.  Selepas kita bersusah-payah, pasti Allah akan mengkurniakan jalan keluar buat kita dari kesusahan yang kita hadapi.
Satu perkara yang dapat saya pelajari daripada kehidupan ini, bahawa di sini, kita tidak akan pernah mendapat kesenangan abadi. Ya. Mungkin, semalam kita sudah terlepas dari satu beban yang cukup berat buat kita. Namun, apakah kita boleh pastikan bahawa esok, kita tidak akan terpaksa menempuh kesukaran lagi?

Sudah tentu tidak.

Bahkan, telah menjadi kepastian, dalam melalui liku-liku 
kehidupan, kita pasti akan melalui kesukaran demi kesukaran sebelum berjaya.

                 Akhir kalam, Ya Allah permudahkan segala perjalanan urusan kerja-kerja kami di Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah agar PPDMT sentiasa kekal PPD nombor satu negeri Melaka.
Jauhilah kami semua dari sebarang bencana dan musibah daripada menimpa kami.  Hanya padaMU kami bermohon Ya Allah.
Amin.

EN NORIZAN MENERIMA CENDERAHATI DARI TIMBALAN PPDMT








No comments:

Post a Comment