Salam Blogger Buat Semua ,
Tanah Lot di Bali merupakan satu lagi objek wisata yang terdapat di kepulauan tersebut. Terdapat dua pura di sini. Pura yang terdapat di sini adalah Pura Laut iaitu pura untuk pemujaan penjaga laut. Tempat ini terkenal sebagai tempat menarik untuk melihat saat ketika matahari terbenam pada waktu senja. Tempat ini dibangunkan pada abad yang ke 15 oleh Danghyang Niratha. Aku sempat ke sini pada Disember 2013 yang lalu. Malangnya ketika kunjungan kami cuaca agak mendung dan hujan. Para pengunjung ke sini akan diberikan sehelai kain untuk mengikat pinggang.
Mengikut kisah sejarah pura ini dibina oleh seorang Brahmana yang datang dari Jawa iaitu Danghyang Nirartha(DN) yang membawa ajaran agama Hindu. Pada ketika itu Tanah Lot dikuasai oleh Bendesa Beraben(BB). BB telah irihati kepada DN dan meminta DN meninggalkan Tanah Lot. Pada ketika itu penduduk di situ menganut monotheisme. Tetepi apabila DN datang lantas penduduk di sini terus meninggalkan monotheisme.Tetapi dengan kebijaksanaan dan kekuatan DN, akhirnya BB telah menjadi pengikut DN.
BB telah akhirnya mengakui kesaktian dan kekuatan spritual DN. Terdapat beberapa pura di sini. Antaranya adalah Pura Batu Bolong. Pura ini dibina untuk memuja dan memohon kesucian. Berada di atas karang ini dengan lubang di tengahnya sehingga meninbulkan kesan unik. Selain itu, di sini juga diadakan persembahan Tarian Kecak Api. Persembahan tarian ini biasanya bermula pada waktu petang sehinggalah membawa sampai ke malam.
Pura di Tanah Lot ini kini agak terganggu oleh proses hakisan ombak dan angin. Pelbagai projek perlindungan telah dilaksanakan. Antaranya dengan membina benteng pemecah ombak. Tempat ini kini menjadi satu tempat tarikan jika ke Bali.
No comments:
Post a Comment