Ahamdulillah, Homestay Roemahkoe yang terletak di Kampung Tengah, Klebang Besar sudah masuk bulan yang ke 41 usianya. Dalam diam tidak diam sudah masuk tahun yang ke 4 kewujudannya. Apa-apapun syukur alhamdulillah atas segala rezeki kurniaan Allah. Saya perlu lagi banyak memberi sekiranya mahu mendapat rezeki yang lebih.
Rezeki itu Allah yang pegang. Oleh itu mintalah dengan dia dulu. Kita kena yakin dengan rezeki Allah. Dan salah satu cara untuk menarik rezeki adalah dengan bersedekah. Amalan bersedekah itu boleh membawa rezeki yang melimpah ruah kepada si pemberi sedekah. Walau bagaimanapun memberi sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulai di sisi Allah.
Rumahku ini yang asalnya hanya sekadar menjadi rumah rehatku pada hujung minggu kini telah menjana satu lagi punca pendapatan keluarga. Bidang ini agak menyeronokkan juga kerana aku berkesempatan untuk berjumpa dengan pelbagai jenis pelanggan dari merata negeri di Malaysia. Dan satu lagi yang menarik perhatian aku adalah dah mula ada pengunjung-pengunjung dari luar Malaysia mulai menghantar e mail bertanyakan tentang Homestay Roemahkoe ini. Antara yang saya terima adalah dari Timur Tengah, Singapura, Hong Kong dan beberapa negara lagi.
Satu lagi perkembangan sihat yang sedang berlaku adalah peningkatan jumlah pelancong yang datang ke Melaka setiap tahun. Tahun 2014 sahaja telah mencatatkan jumlah pelancong seramai 15.4 juta orang yang datang ke Melaka. Iaitu peningkatan sebanyak 5.03%. 26% adalah pelancong dari luar negara. Mendahului carta adalah pelancong dari China dan diikuti dari Singapura dan Eropah. Industri ini sungguh dinamik dan kompetitif. Saya berani berkata begitu kerana dalam masa 3 tahun dari sekarang beberapa hotel bertaraf 5 bintang akan wujud di Melaka. Antaranya Hotel Hilton, Hotel Marriot, Hotel Ibis, Hotel Park Royal dan beberapa lagi hotel terkemuka yang lain sedang rancak dalam pembinaan.
Marilah kita merebut peluang ini dengan cara kita selagi hayat dikandung badan. Nak membina hotel-hotel yang berbintang- bintang adalah di luar kemampuan kita. Ibarat jauh panggang dari api.
Inshallah dengan berkat usaha gigih serta doa penuh keikhlasan dari sekarang anak cucu kita akan berjaya. Inshallah. Ibarat kita menanam pokok, hasilnya tidak semestinya kita yang dapat menikmatinya. Daripada kita diam dengan tidak berbuat apa-apa marilah kita usahakan sesuatu walaupun kita sedia tahu rezeki itu datangnya dari Allah.
RUANG MAKAN |
TOPENG DARI BALI |
POTREK DARI BANDUNG HIASAN DINDING |
CAR BOOT SALES DI DATARAN 1 MALAYSIA DEKAT HOMESTAY ROEMAHKOE |
No comments:
Post a Comment