KAWASAN PANTAINYA YANG PANJANG |
Salam Blogger buat semua pembaca,
Malam ini aku ingin bercerita tentang Pantai Kuta yang pernah aku kunjungi dua tahun yang lalu. Pantai ini bolehlah dianggap sebagai salah satu objek wisata yang agak sinonim apabila kita menyebut Kepulauan Bali. Kalau pergi ke Bali Indonesia, destinasi ini mesti dikunjungi. Sebenarnya di kepulauan ini terdapat banyak objek wisata lain yang boleh dikunjungi selain dari Pantai Kuta. Jika menyebut tentang pantai, kita tidak harus lupa dengan pantai yang satu ini. Wisatawan yang datang ke Bali pastinya akan menyempatkan diri untuk ke pantai ini. Tidak lengkap rasanya jika berlibur ke Bali tanpa mengunjungi Pantai Kuta. Pantai ini bolehlah dianggap sebagai ikon bagi Kepulauan Bali.
Sebelum menjadi objek wisata, pantai ini adalah merupakan sebuah pelabuhan dagang. Di sinilah dulu hasil-hasil pertanian dari pedalaman Bali diperdagangkan. Bermula pada abad yang ke 19, seorang pedagang Denmark bernama Mads Lange telah membina pusat dagangnya di daerah ini. Dari sinilah bermulanya sejarah perkembangan pantai Kuta. Selepas itu seorang dari Barat bernama Hugh Mehbett telah menulis sebuah buku berjudul "Praise To Kuta" atau bermaksud "Puji-pujian Kepada Kuta". Buku ini telah mengajak masyarakat tempatan untuk membangunkan daerah ini. Selepas itu banyaklah kemudahan wisata mulai wujud seperti hotel-hotel, restoran-restoran dan banyak gedung besar mula dibina. Malah ramai usahawan besar dari luar Bali datang melabur dalan industri ini.
Daya tarikan utama di pantai ini adalah pantainya yang cukup indah dengan pemandangan yang menarik terutama di saat matahari petang sedang hampir terbenam. Kedudukan pantai ini terletak di bahagian barat Pulau Bali. Di sinilah para pelancung asing suka menjemurkan dirinya atau disebut Sun Bathing. Di samping itu para surfer amat mengemari pantai ini kerana ombaknya yang besar dan kuat. Ada disediakan kelas untuk beginers yang ingin belajar surfing dengan hanya membayar sekitar harga Rp50 ribu hingga Rp150 ribu sejam untuk kelas dan
sewaan papan luncur. Aktiviti inilah merupakan antara mata pencarian bagi warga di sini.
JAM 7.00 PAGI DI PANTAI KUTA |
sewaan papan luncur. Aktiviti inilah merupakan antara mata pencarian bagi warga di sini.
Ketika kunjungan di sini, aku menginap di Wina Holiday Villa. Jaraknya ke Pantai Kuta cuma lebih kurang 100 meter sahaja. Kemeriahan ini tidak berhenti begitu sahaja kerana pada sebelah malamnya pula para wisatawan akan berkunjung di tempat-tempat hiburan yang banyak terdapat di kawasan ini. Antaranya Hard Rock Cafe, Zanzibar, Sky Bar dan banyak lagi. Kemeriahannya berlaku sepanjang tahun kerana musim cuti yang berbeda setiap negara. Misalnya antara November hingga pertengahan Januari, kebanyakan wisatawan datang adalah dari Australia. Pada pertengahan tahun pula ramai wisatawan yang datang dari Jepun. Maka tidak hairanlah peratus penghunian hotel di sini mencapai antara 90 hingga 100% dalam setahun.
No comments:
Post a Comment