Saturday, 25 April 2015

CENDOL BAKAR DI KLEBANG BESAR

 Image result for cendol bakar

                                   Salam Blogger buat semua pembaca,
             Sebelum ini aku hanya mendengar cerita tentang Cendol Bakar dalam surat khabar sahaja. Tapi baru-baru ini baru aku ternampak Kedai Cendol Bakar ini di kawasan Klebang Besar. Pandai betul pengusahanya memilih lokasi. Klebang Besar yang berdekatan dengan Dataran 1 Malaysia ini merupakan satu lagi tempat tarikan pengunjung jika datang melawat ke Melaka. Saya difahamkan salah satu Kedai  Cendol Bakar ini telah tersiar dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan terbitan TV3. Besar sungguh peranan media dalam mempromosikan sesuatu tempat itu. Maka tidak hairanlah para pengusaha sanggup berbelanja besar untuk  mempromosikan produk masing-masing melalui saluran pelbagai media.
            Sebenarnya nama Cendol Bakar itu sendiri sudah membuat kita tertanya-tanya, mengapa dinamakan Cendol Bakar. Lantas aku pun mendekati tempat ini atau dengan kata lain aku pun pi lepak kat kedai ini. Kebetulan Homestay Roemahkoe yang sedang aku usahakan itu terletak berhampiran dengan tempat ini.
          Aku berusaha untuk mendapat maklumat dari mana datangnya istilah Cendol Bakar. Soalanku terjawab apabila aku membaca beberapa keratan akhbar yang terpamer di dinding. Rupa-rupanya orang yang mula-mula mengusahakan cendul ini bernama Bakar iaitu datuk kepada pengusaha. Dan sebab yang kedua adalah kerana gula melaka yang digunakan untuk cendol ini dibakar terlebih dahulu sebelum dicairkan dengan tujuan untuk menaikkan kemanisan gula tersebut apabila dimasukkan ke dalam cendol. Satu lagi perkara yang aku tertarik kat sini ialah terdapatnya Drive Thru bagi mereka yang malas nak turun dari kereta. Biasanya aku tengok Drive Thru kat Mcdonald sahaja.
         Aku mendapat tahu bahawa kini Cendol Bakar sudah ada beberapa cawangan. Cawagan pertamanya adalah di Kampung Sungai Buluh, Jeram, Selangor. Atas sambutan luar biasa yang diberikan oleh masyarakat tempatan, satu lagi cawangan baru dibuka di Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor.  Dan kini cawangannya semakin bertambah termasuklah di Klebang Besar, Melaka. Terdapat banyak jenis cendol dijual di sini. Antaranya yang saya ingat adalah Cendol VIP, Cendol VVIP, Cendol Tapai, Cendol Durian, Cendol Pulut dan bermacam-macam lagi. Selain itu  beberapa lagi menu lain turut disajikan.
        Pengusahanya, Rifhan Farhan yang berkelulusan ijazah Pengurusan Perniagaan sedang merangka strategi untuk membawa Cendol Bakar ini ke peringkat yang tinggi lagi. Aku rasa bangga apabila melihat anak-anak muda kita berjaya bermodalkan semangat dan azam yang tinggi.











No comments:

Post a Comment