Sunday, 5 April 2015

JAM GADANG BUKIT TINGGI

Image result for jam gadang bukit tinggi
Image result for jam gadang bukit tinggi 2011jamgadang1.jpg
Salam Blogger buat semua pembaca,
JAM GADANG PADA TAHUN 1940
PASAR ATAS DEKAT JAM GADANG
       Sebut saja Bukit Tinggi, kita akan terbayang  saja sebuah jam besar yang terletak di tengah-tengah bandar Bukit Tinggi, Sumatera Utara.  Jam Gadang bermaksud jam besar. Jam besar ini merupakan landmark utama bagi bandar Bukit Tinggi. Aku sudah beberapa kali sampai di bandar ini.     ke Bukit Tinggi, Indonesia kita boleh menaiki penerbangan Air Asia sehingga ke Padang. Dan dari pada kita akan mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke Bukit Tinggi. Tinggi jam Gadang ini adalah 26 meter atau lebih kurang 85 kaki dan telah dibina pada tahun 1926. Ketika itu Indonesia adalah dibawah taklukan kerajaan Belanda atau Dutch. Direka oleh seorang tempatan iaitu Yazid Abidin dan Sutan Gigi Ameh. Asalnya ada bentuk rooster @ Ayam Jantan di bahagian atasnya. Semasa pendudukan Jepun bahagian atasnya berbentuk sebuah pagoda. Selepas kemerdekaan Indonesia jam ini telah diberikan wajah baru iaitu berbentuk Rumah Minang di bahagian atasnya. Jam ini adalah sebagai hadiah daripada Ratu Belanda ketika itu. Dan kali terakhir jam ini diberikan wajah baru adalah pada tahun 2010 yang lalu. Dan kos pembinaan jam ini ketika itu berjumlah 3,000 Guilders. Yang anihnya jam ini dibina tanpa menggunakan besi penyengga dan simen. Jamnya pula telah didatangkan khas dari Rotterdam, Belanda.
       Berdekatan dengan Jam Gadang ini terletak sebuah lagi tempat tarikan pelancong iaitu Pasar Atas. Di sinilah biasanya para pengunjung akan berbelanja untuk mendapat ole-ole untuk dibawa pulang. Jam Gadang ini sesungguhnya adalah merupakan simbol atau objek wisata bagi bandar yang berudara sejuk ini.

Image result for jam gadang bukit tinggi

No comments:

Post a Comment