Sunday, 5 April 2015

NASI ARAB DI HADRAMAWT PALACE, MELAKA

Image result for restoran hadramaut melaka
  Salam Blogger buat semua,
            Dah lama rasanya aku tidak menulis dalam blog ku ini.  Hari tu sejak capai 13,000 pageviwer aku dah semacam tawar malas pula nak menulis. Petang minggu ini aku rasa tergerak pula nak menulis. Bulan Februari hari itu anakku yang tua, si Ehsan Qamil menyambut hari lahir yang ke 13 tahun. Baru naik ke sekolah menengah pada tahun ini. Pada kebiasaannya kami akan meminta mereka menyebut di mana mereka mahu makan sempena hari jadi masing-masing. Kali ini kami telah membawa Ehsan ke sebuah restoran Arab yang baru dibuka berhampiran dengan rumah kami.
           Restoran ini baru sahaja dirasmikan oleh TYT Melaka pada bulan Februari 2015 yang lalu. Banyak hidangan menarik yang terdapat di sini. Antara Chicken Mandy Rice. Terdapat juga lamb Mandy Rice dan banyak lagi pilihan. Terdapat juga kebab tradisional dari Iraq dan pelbagai lagi makanan dari Timur Tengah. Para petugasnya pun datang dari Timur Tengah. Antaranya dari Palestin, Yeman dan beberapa lagi negara Timur Tengah. Malam tu kami telah memesan Chicken Mandy, Kebab dan roti besar yang sangat garing dipanggil Mullawah dengah kuahnya yang sangat menyelerakan. Saya diberitahu bahawa asalnya restoran Hadramawt ini adalah dari  negara Yaman. Dan hiasan dalam restoran ini adalah hiasan tradisional dari negara itu.
         Alhamdulillah kalau sebelum ini banyak restoran mamak tetapi kini restoran yang berasaskan makanan Arab dari Timur Tengah telah mula bertambah termasuklah di Melaka. Saya difahamkan restoran ini sudah mula bertapak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sebelum ini. Melaka adalah negeri kedua restoran ini bertapak. Secara tidak langsung ini akan menarik pelancung dari Timur Tengah datang ke negeri Melaka. Diharapkan lebih banyak lagi restoran seperti ini wujud lagi di Melaka.
        Selamat Mencuba..


Image result for restoran hadramaut melaka             




No comments:

Post a Comment