SIEM REAP YANG KU KUNJUNGI
Salam Blogger buat semua,
Aku agak tertarik untuk bercerita tentang satu lagi tempat yang menarik yang pernah aku kunjungi. Wilayah ini terletak di negara Cambodia atau juga dikenali sebagai Kemboja. Tempat yang aku maksudkan itu ialah Siem Reap. Pemergianku ke sana berlaku pada November 2012 yang lalu. Kami ke Siam Reap melalui Phnom Phen ialah ibu negara Kemboja.
Tetapi kini Air Asia telah turut mengadakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Siem Reap kerana memandangkan bilangan pelancong yang berminat ke kawasan ini semakin meningkat. Salah satu tempat menarik di sini adalah salah satu daripada 7 keajaiban dunia iaitu Angkor Wat. Angkor Wat juga merupakan salah satu lagi tempat yang dianggap sebagai World Heritage Center oleh pihak UNESCO pada tahun 1992. Angkor Wat bermaksud Capital Temple.
Tempat ini disebut sebagai " the largest religious monument " di dunia. Kuil ini telah dibina oleh seorang pemimpin Khmer iaitu King Suryavarman yang ke 2 pada abad yang ke 12 yang memerintah pada tahun 1112 sehingga 1150 Masehi. Tempat ini adalah ibu negara pemerintahan Khmer. Rekabentuknya mengikut senibina tradisional Khmer. Ketinggian Angkor Wat ini adalah setinggi 213 meter. Simbol Angkor Wat ini tertera pada bendera negara Cambodia. Tempat ini juga merupakan tarikan utama pelancong datang ke negara ini. Lebih tepat lagi senibinanya adalah dari senibina Dravidian. Tempat ini dibina sebagai simbol Gunung Meru iaitu tempat asal Divas dalam mythology Hindu. Dalam era modern Angkor Wat bermaksud "Temple City". Tempat ini pernah menjadi tempat pengambaraan filem-filem Hollywood seperti filem " Lara Croft ", " Tomb Raider " dan beberapa filem lagi. Di sini juga merupakan tempat persemadian King Suryavarman II. Kami tiba agak lewat petang itu setelah berada beberapa jam di dalam bas dari Phnom Phen iaitu lebih kurang sejauh 320 kilometer dari Phnom Phen. Dan jaraknya dari Bandar Siem Reap cuma 5.5 kilometer. Kami mendapat tahu bahawa kemasukan dalam kompleks ini adalah percuma kerana sudah petang. Oleh itu kami tidak perlu membayar satu sen pun untuk masuk ke tempat ini. Sungguh ramai pelancung asing berada di kawasan ini. Antara yang aku temui datang dari Jepun, China, India malah ramai juga pelancung yang datang dari negara barat. Kami berada di kawasan ini sehingga hampir jam 6.00 petang. Kami meninggalkan tempat ini bersama pelancung-pelancung asing yang kebanyakannya menunggukan detik sunset di Angkor Wat yang cukup menarik dari sudut lensa kamera. Keadaan malamnya juga cukup happening dengan pelbagai aktiviti di night marketnya. Pelbagai cenderahati boleh diperolehi di niite market ini termasuklah batu-batu gunung yang beranika warna ada dijual di sini. Tidak hairanlah mengapa Air Asia telah mengadakan penerbangan terus ke Siam Reap pada setiap hari ketika ini. Dari segi makanan juga tiada sebarang masalah kerana di bandar ini juga terdapat beberapa restoran Muslim yang diusahakan oleh orang-orang dari Champa.
Satu lagi destinasi yang perlu diberikan perhatian bagi Kaki Jalan
No comments:
Post a Comment