Saturday, 18 April 2015

RINDU

Image result for kata kata sendiri
Salam Blogger buat semua pembaca,
                Pernahkah anda merasa rindu?  Saya yakin sangat setiap insan bergelar manusia pernah mengalami rasa itu. Malah anak saya yang masih bersekolah rendah itu pun sudah pandai menggunakan istilah itu. Rindu. Rindu nak ke sekolah katanya selepas bercuti panjang. Saya fikir haiwan pun ada perasaan itu. Aku berani berkata begitu apabila melihat seekor kucingku akan mengejar aku apabila aku balik ke rumah. Kucing itu akan mengeselkan kepalanya pada kakiku  seolah-olah pinta diusap kepalanya setelah seharian tidak bertemu.  Haiwan lain pun begitu juga aku fikir.
Image result for rindu quotes                Nahh, inikan pulak kita manusia yang ada perasaan dan akal fikiran. Rindu tidak akan terlepas dari perasaan setiap manusia. Istilah rindu dalam Kamus Dewan bermaksud kepingin, ingin sekali, teringin berjumpa. Rindu ini ada pada setiap orang tidak kira usia. Dari seawal usia kanak-kanak sehinggalah ke alam dewasa. Apabila kita sudah menyukai seseorang itu, kita akan berusaha untuk merapati orang itu. Dapat bersua dengannya ada saat yang sangat dinanti-nantikan.
                  Kenangan aku semasa berada di kampus dulu tahun 1988 amat menyeronokkan. Ketika itu aku berada di Sem 4. Aku masih ingat lagi. Aku amat mengilai dan merindui seorang gadis. Gadis itu bukannya pelajar seperti aku. Gadis itu aku cuba hampiri untuk satu tempuh yang agak lama. Hampir satu semesta. Malangnya aku sekadar memerhatikan dari jauh sahaja. Tidak berani untuk membuka mulut. Aku sekadar mengatur perancangan masa yang sesuai. 
              Setiap jam 4.00 petang aku sudah berada di kafeteria menunggu kepulangan gadis itu yang akan lalu setelah turun dari pejabat Admin ke hentian bas berdekatan kafeteria. Kalau tiada kuliah aku tetap pergi juga ke kafeteria untuk menunggu dan melihat gadis itu. Kalau ada perbincangan di library, tiba jam 4.00 petang aku akan kelam kabut meninggalkan group aku untuk ke kafeteria. Sakit aku dibuatnya ketika itu. Aku amat rindukan setiap yang ada pada gadis itu. Cara langkah beliau berjalan, senyumannya yang tidak begitu manis, suara bicaratuturnya cukup amat sempurna pada mata lelakiku. Semuanya membuat aku rindu untuk melihat gadis itu sekurang-kurang sekali sehari. Aku sendiri pun hairan kenapa boleh terjadi begitu. Aku boleh rasa cemburu pulak apabila ada lelaki lain bersembang-sembang dengannya.   Pada hal dia belum ada apa-apa ikatan pun dengan aku. Pelik dan aneh betul. Malah aku pernah mengekori bas yang dinaikinya untuk tahu di mana gadis itu tinggal. Malasnya aku balik ke kampung bercuti lama selepas tamat Sem 4. Rinduku saat itu amat extreme sekali sehingga menganggu pengajianku.
             Sekembaliku ke kampus untuk Sem 5, aku mencari gadis itu kembali. Aku berusaha untuk mencarinya sampailah ke ofis tempat beliau bekerja. Aku diberitahu gadis itu sudah berhenti kerja. Kawan-kawan serumah yang tahu cerita aku sekadar memberikan aku nasihat. Terpaksalah aku membakar seluruh padang rinduku  ini yang dah lama menghijau. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik buatku. Saya akhiri post kali ini dengan sebuah lagu Rindu dari Agnes Monika.
             Demikianlah mengapa Allah menciptakan rasa rindu; untuk menambah rasa, dan ini hanya salah satu hikmah dari hikmah-hikmah lainnya yang masih tersembunyi dan belum terungkap.Wallahhohualam.



2 comments:

  1. Rindu itu datang balik utk aku terus menulis...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete