Tuesday, 14 April 2015

SERVIVAL KEHIDUPAN DI TASIK TONLE SAP

Image result for tonle sap  Image result for tonle sap

Image result for tonle sap  Image result for tonle sap

Image result for tonle sap  Image result for tonle sap
    Image result for tonle sap
Image result for tonle sap









Image result for tonle sap

Image result for tonle sap

Image result for tonle sap

Salam Blogger buat semua pembaca,
           Sekiranya anda berada di Siem Reap, Kemboja, satu lagi lokasi yang wajib anda lawati adalah di Tasik Tonle Sap. Dan aku tidak melepaskan peluang untuk melihat keadaan kehidupan masyarakatnya di kawasan tasik ini. Tasik ini merupakan  Freshwater Lake yang terbesar di Asia Tenggara yang meliputi kawasan seluas 2,700 kilometer persegi semasa musim tengkujur. Tasik ini juga dianggap sebagai "The Richest Fishing Lake in the World".  Kawasan ini merupakan kombinasi tasik dan sistem sungai utama di Kemboja. Tasik ini berhubung dengan laut melalui Sungai Tonle Sap. Tasik ini merupakan tempat pembiakan ikan utama di Kemboja. Kebanyakan orang yang mengusahkan bidang perikanan di sini adalah orang Vietnam. Industri ini sudah pun bermula sebelum era pemerintahan Pol Pot lagi di Vietnam.
         Keadaan tasik ini agak pelik sedikit kerana dalam masa setahun  aliran airnya berubah sebanyak dua kali. Dan keadaan tasik ini akan membesar dan mengecil mengikut perubahan musim.  Tasik ini boleh mengecil sebanyak 4 kali ganda dalam musim panas. Kedudukan tasik ini adalah di bahagian Selatan Siem Reap atau lebih kurang 15 kilometer dari Siem Reap. Terdapat lebih daripada 300 spises terdapat di tasik ini. Tasik ini juga merupakan satu tempat pembiakan burung  
yang beranika spises. Antaranya burung bangau dan lain-lain.
         Tasik ini juga kini menjadi salah satu lagi produk pelancungan di Kemboja. Para pengunjung akan dibawa dengan bot untuk menyelusuri Tasik Tonle Sap ini. Di kawasan tasik ini terdapat banyak kawasan perkampungan yang dibina di atas bot. Chong Khneas merupakan salah satu perkampungan terapung yang terkenal di kawasan ini. Trip melalui bot di tasik ini akan mengambil masa melebihi 2 jam. Melalui lawatan di tasik ini kita akan dapat membezakan perkampungan antara orang Islam, orang Khemer dan orang Vietnam.
         Rasa simpati pun ada juga apabila melihat golongan kanak-kanak terpaksa bekerja keras untuk mencari sesuap nasi bagi menampung keluarga. Misalnya seorang kanak-kanak perempuan telah mengizinkan kita mengambil gambarnya bersama seekor ular dan selepas mengambil gambar mereka menuntut pembayaran. Di atas bot juga terdapat banyak kedai yang menjual cenderahati. Di atas tasik inilah bermulanya kehidupan. Di situlah mereka bersekolah. Di situlah juga mereka beribadat. Dan di situ jugalah mereka mencari rezeki untuk menyara sebuah kehidupan yang pada mata kita penuh  dengan kedaifan dan serba kekurangan.

No comments:

Post a Comment