Salam blogger buat semua pembaca,
Akhir-akhir ini orang-orang di luar sana amat suka memperkatakan tentang binatang ini. Saya fikir haiwan ini tentu ada kaitan dengan perkara-perkara yang sedang berlaku di sekeliling kita pada masa kini. Haiwan yang saya maksudkan itu adalah Hippo atau nama penuhnya Hippopotamus.
Dalam bahasa Melayunya disebut sebagai Badak Air. Perkataan Hippopotamus ini datangnya dari perkataan Greek Purba yang bermaksud River Horse atau Kuda Sungai. Selepas gajah dan badak, hippopotamus adalah binatang yang ketiga terbesar bagi binatang mamalia di darat. Bentuk Hippo ini secara fizikalnya adalah seperti seekor babi. Walaupun kakinya pendek dan Stocky shape, haiwan ini boleh berlari 30km/h. Seekor haiwan yang dianggap highly aggressive.
Seekor binatang yang menyukai air dan hampir 16 jam sehari berendam di dalam air untuk menyejukkan badannya di bawah terik matahari. Lantaran itu seekor hippo akan menghabiskan sebahagian besar masanya di dalam air supaya badannya sentiasa sejuk. Selepas matahari terbenam, hippo akan keluar dari air dan bergerak ke darat. Hippo akan bergerak sejauh 8 kilometer pada waktu malam sambil memakan sebanyak 35 kilogram rumput-rumput pendek.
Keunikan Hippo adalah bahagian hidung, telinga dan mata berada di bahagian atas kepala. Keadaan ini akan membolehkan seekor Hippo boleh bernafas, mendengar dan melihat sedang bahagian badannya berada di bawah permukaan air. Anak Hippo yang baru dilahirkan adalah seberat 45 kilogram. Ibu Hippo hanya boleh melahirkan sebanyak 1 ekor dalam masa 2 tahun. Hippo banyak terdapat di bahagian Selatan Saharah Africa dan populasinya semakin pupus. Jangka hayat bagi seekor adalah selama 40 tahun. Berat seekor Hippo adalah antara 1,800 kilogram hingga 3,600 kilogram.
Aku pun tak taulah mengapa badak air atau disebut sebagai Hippo yang berkepala besar hodoh ini tiba-tiba sahaja mencuri perhatian masyarakat pada masa ini. Kemungkinan jawapannya ada pada para pembaca semua.
No comments:
Post a Comment