Saturday, 18 April 2015

BENGKEL ROBOKID YANG MENGUJAKAN

https://i1.wp.com/3.bp.blogspot.com/-UKVhCrTPUk4/UHxJ8hoqiLI/AAAAAAAACA8/4cbB7kc9s30/s640/asimo.jpg              Salam Blogger buat semua pembaca,
              Semalam 18 April 2015 telah berlangsung satu bengkel Robokid  bagi murid-murid dalam daerah Melaka Tengah. Program telah berlangsung di Auditorium Multimedia Universiti, Bukit Beruang, Melaka. Apa-apapun sebelum terlupa terima kasih kepada Bank Rakyat cawangan Air Keroh yang telah merealisasikan program yang bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang.   Terima kasih juga kepada pihak ADTEC @ Advance Techonology Traning Center Kampus Batu  Pahat yang turut bersama dalam program ini. Seramai lebih 60 orang murid dari sekolah-sekolah dalam daerah Melaka Tengah telah menyertai program yang julung-julung kalinya diadakan. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah, Encik Abdul Halim Abdul Malek.
             Secara keseluruhannya feedback yang diterima dari para peserta mereka amat seronok dan positif menyertai program ini. Pada pandangan saya  program seumpama ini sepatutnya sudah lama dilaksanakan. Kalau dibanding Malaysia dengan Jepun, rasanya ianya ibarat langit dengan bumi. Tapi yang paling menyedihkan negara Vietnam yang baru mengorak langkah itupun dan mula memintas kita dalam bidang robotik ini.  Siapakah yang harus dipersalahkan?

             Tentu kita masih ingat tentang robot ASIMO yang dicipta oleh Honda Motor Company. Robot yang menyerupai seorang astronout kecil yang membawa backpack dan boleh berjalan atas dua kaki dengan kecepatan 6 kilometer sejam. ASIMO adalah akronim bagi Advance Step in Innovative Mobility. Pada tahun 2007 sudah ada 46 unit Asimo. Dan harga seunit mencecah hampir 1 Juta US Dollar. Hebatnya sebuah robot Asimo ialah boleh memberi respons  terhadap setiap pertanyaan. Bilalah agaknya Malaysia boleh sampai ke tahap itu?




       

No comments:

Post a Comment