SUASANA BAHAGIAN LUAR |
Assalammualaikum wbt semua,
Salam pagi minggu buat semua pembaca. Syukur alhamdulillah kita masih diberikan peluang untuk bernafas pada pagi Ahad 10 Mei 2015 ini. Syukur alhamdulillah juga atas segala nikmat rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Dalam diam tidak diam kita sudahpun berada dalam bulan Mei 2015 ini. Hujung bulan Mei ini kita akan menghabiskan setengah perjalanan kita untuk tahun 2015 ini. Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru sahaja kita menyambut tahun 2015. Sebenarnya usia kita pun sudah semakin singkat.
Kita tidak tahu bila kita akan dijemput pulang oleh yang Maha esa. Masa itu tetap akan sampai bagi setiap orang. Hanya kita sahaja yang tidak tahu bila tarikhnya kita diminta balik ke tempat yang lebih kekal. Itulah sebabnya orang berkata bahawa semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman semata-mata. Marilah kita bersyukur ke hadrat yang esa kerana telah meminjamkan kepada kita pelbagai nikmat dalam kehidupan kita selama ini. Kadang-kala kerencaman tugas-tugas harian membuat kita sedikit terlalai daripada tanggungjawab kita kepada Allah. Marilah kita memperbaiki segala kekurangan itu.
KEADAAN DALAM HOMESTAY |
Homestay Roemahkoe terletak di kawasan Kampung Tengah. Jaraknya ke Banda Hilir lebih kurang 8 kilometer sahaja. Banyak tarikan terdapat di kawasan Klebang Besar. Antaranya adalah kedudukannya hampir dengan Pantai Puteri, kawasan perkelahan. Dekat Dataran 1 Malaysia pula kini terdapat Muzium Kapal Selam dan pada hujung minggu pula kini terdapat Car Boot Sales yang semakin ramai pengunjungnya saban minggu.
Untuk mengelakkan kekecewaan bagi mendapatkan homestay di Melaka semasa cuti sekolah pada penghujung Mei ini silalah hubungi talian : 0123980860 & 0123908591 atau 062821020. Selamat Melancong ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Pengikhirafan yang diberikan oleh pihak UNESCO kepada kerajaan Melaka.
CAR BOOT SALES DI DATARAN 1 MALAYSIA |
No comments:
Post a Comment