Salam Blogger buat semua pembaca,
Aku balik ke rumah dan terus mengoogle maklumat daripada Pakcik Google aku. Nahh, rupanya cukup banyak sekali manfaat yang boleh diperolehi daripada minum air kayu manis ini. Pagi ni baru aku berkesempatan untuk menurunkan beberapa khasiat yang boleh diperolehi daripada pokok kayu manis ini. Dan antara manfaat yang aku dapat daripada Pakcik Google adalah :
1. Dapat mengawal kadar gula dalam darah kita. Oleh itu Kayu Manis merupakan makan yang paling sesuai untuk pengidap kencing manis@ Diabetes. Kayu Manis juga boleh menstabilkan keadaan hati dan energi dalam tubuh kita.
2. Kayu Manis juga dapat mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL). LDL adalah punca kepada penyakit jantung, stroke dan obesiti. Dengan mengambil kayu manis kita boleh mengurangkan penyakit berkaitan kadiovaskular.
3. Kayu Manis juga mempunyai komponen anti infeksi yang natural. Kayu Manis telah terbukti boleh menghilangkan bakteria H yang boleh menyebabkan beberapa penyakit.
4. Kayu Manis juga telah dikenalpasti bagi mencegah pembiakan sel kanser.
5. Kayu Manis juga boleh dijadikan sebagai bahan pengawet makanan.
7. Kajian juga menunjukkan bahawa Kayu Manis adalah bahan yang dijadikan rempah yang boleh menyembuhkan penyakit seperti Parkinson, Alzheimer, Tumor Otak dan Meningitis serta mengurangkan gangguan neurologis.
Ternyata sudah kulit Kayu Manis adalah antara rempah yang biasa digunakan dalam masakan Melayu. Ia mempunyai khasiat yang sangat tinggi dalam pengubatan tradisi beberapa jenis penyakit di samping boleh juga digunakan sebagai pengawet semulajadi. Aromanya dapat merangsang minda termasuk daya kognitif seseorang. Menambahkan rempah kulit Kayu Manis ke dalam makanan tinggi karbohidrat dapat mengurangkan kesan kandungan gulanya ke atas darah anda dan ini bagus untuk penghidap penyakit kencing manis.
No comments:
Post a Comment