Tuesday, 19 May 2015

HOLIDAY KAT CHERATING

Image result for kelip-kelip di cherating
KELIP-KELIP DEKAT SUNGAI CHERATING
PETANG DI PANTAI CHERATING

 
Assalammulaikum Buat semua pembaca,
          Malam ini aku agak tertarik untuk bercerita tentang percutian aku baru-baru ini di daerah Cherating, Mukim Sg Karang, Pahang.  Kami menginap di Hotel The Legend Resort yang terletak lebih kurang 45 kilometer dari bandar Kuantan. Kami ke sana pun sebenarnya atas urusan keluarga kerana anak buahku melangsungkan majlis perkahwinannya pada 16 Mei 2015 yang lalu yang kebetulan juga jatuh pada sambutan Hari Guru.
            Aku bukan nak bercerita tentang majlis tersebut dalam post kali ini tetapi tentang suasana yang terdapat dalam Mukim Sg Karang, Cherating itu sendiri. Sememangnya di sini terdapat banyak hotel terkemuka sepanjang pantai Cherating. Antaranya adalah Hotel Impiana, Hotel Suria, Hotel Holiday Villa, Residen Inn, Club Med dan banyak lagi hotel kecil yang lain. Selama ini aku cuma tahu tentang beberapa perkara sahaja tentang tempat ini. Tetapi sebenarnya terdapat banyak lagi tarikan yang tidak diberikan publisiti oleh pihak media tentang keistimewaan yang terdapat di sini. Selama ini kita cuma tahu tentang pantainya yang sangat cantik dengan pasirnya yang sungguh halus. Sebenarnya ada banyak lagi tarikan yang tidak dihighlightkan oleh pihak media.
SUASANA SENJA

BILIK KAMI DI LEGEND RESORT

PAK SU CHERATING ATAU PAK SU TURTLE
                 Di Legend Resort sendiri terdapat banyak permainan yang boleh dicuba. Satu yang menarik perhatian aku dan anakku adalah ATV yang terdapat di sini. Kita boleh menyewa ATV dengan bayaran RM70/ untuk sejam penggunaannya. Kita akan dibawa masuk ke dalamn kawasan perkampungan di sini. Saya mendapat tahu MIZI Sport iaitu yang menyediakan ATV ini akan memberikan harga diskaun jika kumpulan yang menggunakan ATVnya berjumlah besar. Satu jam pada saya sudah cukup lama untuk kita mengenali Kg Cherating dengan menaiki ATV.
              Pada pagi Ahad itu aku sempat minum di Cafe 619 dan aku dapat berkenalan dengan Pak Su Cherating. Pak Su orang Negori adalah tuanpunya Cafe 619. Beliau juga adalah seorang Tourist Guide yang membawa pelancong untuk melihat kawasan penyu bertelur pada kawasan pantai berhampiran.  Aktiviti melihat penyu bertelur juga dijalankan pada waktu malam. Daripada Pak Su aku juga mendapat tahu di Cherating juga terdapat tempat yang terkenal dengan Kelip-Kelip iaitu terletak di Sungai Cherating.  Aku tidak sempat untuk menyelusuri Sungai Cherating yang juga merupakan habitat bagi Kelip-kelip di daerah ini. Selain itu terdapat juga beberapa lagi aktiviti lain kita kena cuba sekiranya berkesempatan berkunjung ke tempat ini. Biarlah aku simpan sebahagian cerita-cerita aku di sini untuk membolehkan tuan-tuan sendiri meneroka di daerah ini.
KIRIN YANG SERONOK BERMAIN PASIR
 
  


ATV DI HOTEL LEGEND
Image result for kelip-kelip di cherating
MALAM DI SUNGAI CHERATING MENGINTAI KELIP-KELIP
Image result for penyu bertelur di cherating     

ATV DISEDIAKAN OLEH MIZI SPORT



Image result for ATV di cherating
MELALUI KAWASAN KAMPUNG CHERATING


No comments:

Post a Comment