Tuesday, 2 June 2015

PAK OGAH DI BANDUNG

Image result for pak ogah jalanan


Image result for pak ogah jalananImage result for pak ogah jalanan

Image result for pak ogah jalananImage result for pak ogah jalanan



Image result for pak ogah jalanan

Assalammualaikum buat semua pembaca,
                      Lama sungguh aku tidak menulis. Sibuk dengan pelbagai aktiviti dan bercuti bersama keluarga ke luar negara atau lebih tepat lagi ke Bandung, Indonesia. Walaupun aku dah banyak kali ke sana tetapi setiap kali aku ke sana pastinya akan tetap menyeronokan khasnya kalau bersama keluarga. Keadaan fizikalnya masih tetap yang sama tidak banyak berubah. Macamana saya pertama kali pergi pada tahun 1989 macam itulah juga keadaan fizikalnya sekarang. Keadaan jalan rayanya masih berkeadaan yang sama juga. Cuma mungkin jumlah hotelnya semakin bertambah kerana ramai yang suka melancung ke Bandung. Keadaan keluasan Bandung yang tidak berapa besar dengan penduduknya berjumlah lebih 2.5 juta menyebabkan bandar ini agak sesak dan padat terutamanya di jalanraya.

Image result for toko tiga bandung
                   Aku sangat tertarik sebenarnya nak bercerita tentang peranan Pak Ogah yang sentiasa berada di jalanraya. Banyak baktinya Pak Ogah ini kepada pengguna jalanraya. Pak Ogah ini sebenarnya adalah satu watak yang berada di atas jalanraya bagi membantu pengguna-pengguna jalanraya. Peranan mereka adalah untuk menahan kenderaan yang sedang bergerak bagi memudahkan kita untuk meneruskan pergerakan . Atas pertolongannya itu mereka akan diberikan wang terpulang kepada ihsan kita untuk memberi. Ada yang memberi lebih sehingga Rp10 Ribu dan ada yang memberi jumlah yang lebih kurang. Kita sebagai pemandu jalanraya perlulah menyediakan wang kecil bagi menghulurkan wang kepada Pak Ogah ini. Aku fikir pendapatan Pak Ogah ini tentu lumayan sekali terutamanya di jalan-jalan yang sibuk keadaannya. Aku berkata begitu kerana hampir setiap pemandu kereta yang lalu  pasti menghulurkan wang kepada Pak Ogah ini kerana keberaniannya menahan kenderaan lain demi membolehkan kita dan pemandu lain untuk bergerak. Walau bagaimana pekerjaan ini pada pandangan aku amat berisiko sekali. Maklumlah kerana mereka perlu menahan kenderaan lain. Aku diberitahu oleh Pak Supirku bahawa pernah satu ketika dulu Pak Ogah mendapat kecelakaan dilanggar oleh kereta yang bergerak laju.
Image result for toko tiga bandung                Satu pengalaman aku semasa berada jalanraya yang sangat macet di hadapan Toko Tiga iaitu sebuah kedai popular yang menjual beranika seluar Jean, kereta-kereta yang menghala ke utara boleh membuat U turn dengan bantuan Pak Ogah ini. Ini bukan kali yang pertama. Malah  tiga tahun lepas bas wisata yang kami naikipun boleh membuat U turn dengan bantuan Pak Ogah yang hebat.
                Besar sungguh peranan Pak Ogah ini bagi memudahkan pergerakan kita semasa berada di atas jalan raya. Selamat melancong ke Bandung untuk melihat kehebatan seorang Pak Ogah.

                   

No comments:

Post a Comment