Saturday, 20 June 2015

MAKAN-MAKAN DI SAUNG GAWIR, CIWIDEY


  

Image result for saung gawir ciwidey bandung
OTAK-OTAK
  Assalammualaikum buat semua pembaca,
           Aku ingin berkongsi cerita tentang satu lagi tempat yang sempat aku singgah semasa berada di Bandung tempoh hari. Dalam perjalanan turun dari Gunung Patuha selepas melawat kawah Putih kita akan melalui banyak kawasan kampung yang cukup indah landskapnya. Kita boleh berjumpa dengan banyak resort yang menggunakan keindahan alamnya sebagai tarikan. Antaranya adalah Patuha Resort dan banyak lagi. Kita juga boleh berjumpa dengan kolam air panas dalam perjalanan turun dari Gunung Patuha.
            Kami sempat singgah di sebuah tempat yang agak menarik juga yang dinamakan Saung Gawir yang juga merupakan sebuah resort penginapan. Terdapat banglow-banglow disediakan untuk sewaan para tetamu yang datang. Tetapi kami singgah di sini untuk menikmati makan tengahari. Saya diberitahu di sini disajikan dengan Nasi Liwet iaitu makanan orang Sunda. Tempat makannya didirikan di tepi-tepi curam bagi membolehkan kita untuk menikmati pemandangan alam yang cukup indah terdapat di sini. Dari sini kita boleh melihat Gunung Patuha dari kejauhan. Air yang keluar dari paipnya cukup dingin sekali. Air daripada kawasan pergunungan memang amat sejuk. Tempat makannya diperbuat daripada bahan alam seperti buluh dan sebagainya.
          Kami telah memesan Nasi Liwet untuk 5 orang. Nasi Liwet ini adalah nasi orang Sunda disediakan bersama masakan lain seperti sambal, ikan bakar, tahu dan tempe goreng. Juga disediakan juga dengan tomato serta mentimun. Sangat pas jika disajikan ketika hangat.  Air yang disediakan adalah Tea O panas berperisa pudina. Habis seperiuk nasi liwet dimakan oleh anak-anakku yang juga first time makan nasi liwet ini. Otak-otak yang disediakan juga tidak serupa seperti yang terdapat di Malaysia.  Selepas makan kami turun ke kebun strawberi untuk memetik buah strawberi yang sudah masak. Pada ketika itu terdapat beberapa kumpulan yang juga dari Malaysia berada di Saung Gawir pada petang itu. Selesai mengerjakan solat Zohor dan Asar kami pun meninggal restoran ini dengan pelbagai kenangan. Dan yang pastinya aku akan kongsikan pengalaman ini bersama rakan-rakan aku yang lain sekiranya mereka datang ke Bandung nanti.  

JUS JERUK KELAPA
MENIKMATI PEMANDANGAN SAMBIL MAKAN
Image result for saung gawir ciwidey bandung      

No comments:

Post a Comment